RSS

TARAAA!!!

Lama sungguh jari-jemari mummy ni tak menari atas keyboard mencoretkan peristiwa2 yang berlaku....memang terlalu bz...sejak mummy dan ayah sibuk menyiapkan dokumen validasi dan divalidasi utk kenaikan pangkat, mcm bertimpa2 pulak kerja lain datang dan akhirnya blog ni terbiar dengan sarang labah2 yang tersangkut di sana-sini...

Dalam tempoh hampir 4 bulan ni, pelbagai peristiwa suka-duka yang ditempuhi...

1. Wak Com yang terlantar sakit hampir 4 bulan, akhirnya telah sembuh seperti sedia kala...Alhamdulillah, berkat doa semua sanak-saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan usaha perawat perubatan moden dan tradisional...Terima kasih semua...

2. Pada tanggal 13 Oktober 2011, Pak Long yang dah terlantar sakit selama 2 tahun telah pergi ke Rahmatullah...begitulah berakhirnya penderitaan Pak Long selama ini...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

3. Pada 29 Oktober 2011 (sehari selepas birthday mummy) Atok Deris telah selamat diijabkabulkan dengan nenek baru (Nek Nab)...Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..Semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat...

4.Minggu lepas (2 Disember 2011), Pok Cu pula telah mengalami kemalangan, jatuh di masjid Kajang semasa melakukan pemasangan kabel projektor...Alhamdulillah, selamat tetapi mengalami luka di muka dan tangan kirinya terpaksa disimen...

5. Buat pertama kalinya, mummy berjaya meninggalkan Khalishah bersama ayah di rumah, kerana mummy terpaksa menghadiri kursus di Pulau Pangkor selama 3 hari...Khalishah langsung tak kisah mummy pergi...mungkin disebabkan sudah bercerai susu badan...tambahan pula, dengan adanya teknologi canggih ni, bila-bila masa saja boleh bercakap sambil tgk muka seolah2 berada di depan mata....(video call)

6. Ayah seorang selebriti? Hahaha...ye mummy pula isteri kepada seorang selebriti dan Khalishah pula anak kepada seorg selebriti...dalam masa 1 minggu ayah dan aunty shikin telah buat penggambaran untuk Rancangan Geng IT. Nantikan kemunculan ayah di RTM pada bulan Februari 2012 ni...


Banyak lagi peristiwa yang berlaku, tapi dah tak ingat...sekarang Khalishah dah berusia 2 tahun 7 bulan...Khalishah bertambah petah berkata2...penat nak layan...Hobi terbaru Khalishah adalah menonton DVD..(Kung Fu Panda 1 + 2, Cars, Bolt)...Kalau tgk gaya mmg sebijik macam ayah...mewarna? mungkin juga hobi baru Khalishah...Color pensel yang dibeli di Cosway memang digunakan sepenuhnya...2 buah buku mewarna (angry bird dan cars) mummy dah belikan di pasar sg air tawar...Apa lagi? Setiap hari, setiap kali mummy bersiap nak pergi kerja, Khalishah akan berkata : "Mummy...tak nak pergi keje..."...huhuhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya! Raya!

Lagu raya dah berkumandang kat mana2....maknanya raya dah dekat....dan bermakna cuti pun dah dekat..Yeay! Walaupun banyak lagi kerje yang tak setel, tapi bila dengar lagu raya bersemangat pulak rasanya....hehehe.....

Duit bonus hari tu dah habis...habis beli untuk persiapan raya....banyak mana pun duit, mmg boleh abis...tapi banyak mana pun kad bank yang kita ada, belum tentu semuanya ada duit..hahahahahaha.......................
Student pun dah semakin 'lesu' untuk ke kuliah...termasuklah pensyarah....masing2 tersenyum je sebab dalam hati ada taman..hehehe....ofis dah macam IKS/kedai...macam2 ada...kuih raya+brooch+baju baby+baju batik dll....

Raya ni raya di parit baru dulu..pagi raya ke-3 baru lah balik ke melaka sampai raya ke-7....kat melaka banyak rumah yang nak dikunjungi...selain sedara mara, kawan2 mummy+ayah ramai yang kat melaka....Tapi, rumah wajib yang ayah akan pergi mestilah rumah uncle jiji...tau dah...yang kedua mestilah rumah aunty mar..boleh jumpa abg haziq + adik mia....

Seronok, seronok jugak...tapi terselit kesedihan di lubuk hati mummy....wak com masih belum sembuh sepenuhnya lagi...semalam paman mamong kata, wak com nampak semakin kurus...tak sanggup rasanya nak dengar....wak dila semakin sibuk menyiapkan tempahan baju raya yang masih banyak tak siap...kesian wak dila....terpaksa menanggung benda ni semua...Ya Allah, Kau lindungilah mereka...Berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka supaya dapat menikmati Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi...dan dapat beraya bersama2....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sangat Letih

Minggu ini adalah minggu letih...
Walaupun semalam cuti Nuzul Quran, tapi rasa letih juga sbb pergi shopping..
Tak shopping pon...tapi mengejar Khalishah ke sana-sini...dapat satu je baju kurung mummy...tu pun main rembat je..tak sempat fikir panjang...
Saat itu, terbayang alangkah bagusnya kalau ayah ada....dan alangkah bagusnya kalau waktu itu boleh minum air yang baru dikeluarkan dari peti ais....mmg mencabar....

Hari ini, letih lagi...kelas direct dari pagi selama 4 jam...naik turun mengangkut lapto dan projektor...
Tertinggal pulak 'xtension'...lagi le tensen...naik turun lagi....tekak pulak, tak tau lah pulak kenapa hari ni terlalu kering kontang....aduhai..mmg mencabar minda..terasa seperti nak cancel kelas je...tapi apa boleh buat..itu kan dah tanggunggjawab...

Sabtu ni mummy nak meneruskan misi shopping baju raya lagi yang terbantut semalam....tapi esok mummy tak nak bwk Khalishah....hehehehe....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Stress lagi!

Sejak dua menjak ni asyik stress je...sblm balik tadi dapat call drpd rakan mummy bagitau soalan objektif yang mummy gubal kena reject...KENAPA? Tiba-tiba darah terasa menyirap ke muka...kalau soalan2 tu tak dipilih, mummy takdelah rasa ralat sgt....tapi, kesnya sekarang adalah kena gubal semula SOALAN SUBJEKTIF sebanyak 6 soalan untuk 2 SET! Soalan objektif adalah tidak perlu sama sekali untuk subjek version 2004 yakni untuk semester 6....

Cuba bayangkan.....dengan tugas sebagai pensyarah untuk prepare ke kuliah dengan 2 subjek baru + tugas sampingan yang tak abis2, mummy dan rakan2 yang lain perlu menggubal soalan sebanyak 2 set...iaitu 40 soalan objektif dan 2 soalan subjektif untuk 2 set (bersamaan 80 soalan objektif dan 4 soalan subjektif) beserta skema jawapan....soalan yang mummy kena gubal ni adalah subjek programming di mana agak sukar untuk gubal dalam bentuk objektif...Mummy terpaksa mengetepikan tugas2 di rumah, Alhamdulillah ayah banyak bantu mummy jaga Khalishah (mandi+beri makan+tukar lampin+bwk jln2 dll) sewaktu ayah berada di rumah (weekend je), semata-mata untuk siapkan soalan ni...TQ ayah...

Minggu lepas pula mummy terlibat dengan penyemakan soalan untuk subjek2 lain...dan kena buat2 paham soalan2 yang digubal oleh rakan sekerja mummy yang terdiri daripada pelbagai subjek....Alhamdulillah semuanye dah selesai dengan jayanya, manakala soalan yang mummy gubal juga tidak banyak masalah setelah disemak oleh ketua jabatan...

TAPI.....hari ini, dapat satu berita yang sungguh mengecewakan....terasa tidak berbaloi menggubal soalan tempoh hari, dengan hanya dapat tidur ~3 jam satu hari gara2 nak siapkan soalan dalam tempoh yang amat singkat + kerja2 lain yang menimbun....DANNNN.....mummy + rakan2 yang senasib mummy diarahkan gubal semula soalan subjektif sebanyak 6 soalan x 2 set + skema jawapan...nak kena hantar bile????? 
.

...

....

ESOK!!!!!!! logikkah untuk hasilkan soalan yang berkualiti?





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SALAM RAMADHAN

Hari ni dah masuk hari ke-15 umat Islam menjalani ibadah puasa...Macam tahun2 yang lepas, bila dah masuk 2 minggu puasa, hati dan fikiran semua dah melayang jauh untuk prepare sambut Hari Raya....mmm...apa yang specialnya? Tak tau macamana nak ungkapkan tapi, hati ni meronta2 untuk menyatakan perasaan rasa syok yang amat sgt...(melebihi budak2 pulak)

Warna tema untuk tahun ni? Hmm...warna yang tidak dirancang...sebab ayah dah beli dulu..kes emergency lah ni...company tempat ayah SIP tu ada event berbuka puasa bersama Perdana Menteri...mana nak cari baju melayu saat2 terdesak? Hari event tu baru tahu....Maka, ayah pun 'rembat' lah sepasang baju melayu, songkok, kain samping dan butang baju melayu di PKNS Bangi...Warna kelabu+kebiru-biruan sikit...huhuhuh....Maka, itulah tema kita untuk tahun 2011...

Sabtu lepas, pergi memborong baju Khalishah di Teluk Intan (tu je yang paling dekat, malas nak bersesak2 kat KL)..Dapat sehelai gaun warna cream+kuning berbunga kecil, sepasang t-shirt+seluar warna purple dan dress elmo warna merah...hohoho bukan main seronok lagi Khalishah dengan baju elmo nih...Siap nyanyi elmo song lagi...Minggu ni mummy nak cari baju kurung Khalishah pulak...mesti comel dan ayu bila 'anak dara' mummy ni pakai...Kasut? Tak payah beli, sebab kasut nike pink yang ada tu elok lagi...Mungkin kena cari accesories sikit untuk diletakkan di bahagian kepala...

Memang jauh beza zaman mummy kecik2 dulu...Dulu2 baju mummy, mbah nek yang jahitkan...kain baju kurung beli je kat pasar Khamis....walaupun takde brand, tapi ttp cantik untuk digayakan...kasut? beli je kat kedai 'gemuk' kat parit baru tu...tu pon dah kira cantik...baju kurung mesti ada poket, untuk simpan duit raya...Basikal wajib ada..itu adalah kenderaan yang digunakan untuk round satu kampung kutip duit raya bersama Bik Aida dan Aunty Yati...hehehe....seronok betul mengimbau masa silam...

Duit raya masa tu 20 sen je...kalau pergi rumah orang yang kaya sikit, dapatlah 50 sen...tapi tu jarang2 lah....memang seronok, berkerincing-kerincing bunyi duit tu dalam poket...Simpan dalam tabung bentuk bear (actually bekas bedak)...bila ada jualan buku kat sekolah, guna duit tu untuk beli buku kegemaran...Zaman sekarang? Paling 'koman' pun RM1 lah...tu pun ada jugak budak2 yang merungut sikit....Untuk family terdekat, confirm RM5 mesti dalam tangan....

Kuih raya? Dulu2 mbah nek buat semua kuih raya...Kiranye, semua kuih raya atas meja tu adalah hasil air tangan mbah nek lah...yang paling syok masa menggentel kuih siput...kuih siput mbah nek adalah yang paling sedap di dunia tau..cewahh! Tapi sekarang? Mummy sediakan duit je untuk semua2 tu...1 balang paling murah pun RM20...kalau nak murah lagi, RM10 tapi kena beli kat kilang buat kuih raya....tapi, kadang2 rasa semuanye sama, bentuk dan warna je lain...Hampa dan hampeh betul!

Huh! Memang banyak beza...dulu lain, sekarang lain...dulu2 dapat kad raya bukan main banyak lagi..siap boleh buat 'Kad Raya Tree' lagi...ala macam pokok krismas tu...tapi yang ni gantung2 kad raya kat ranting kayu dan diletakkan dalam rumah..takpun, tampal je kad raya kat dinding....so, tetamu yang datang dapatlah baca coretan2 yang ada dalam kad raya tu..hehehe....Sekarang???? disebabkan setem nak hantar kad raya pon dah naik...kena pakai 50sen...maka, Fesbuk, sms, mms lah platform untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada saudara-mara dan sahabat-handai..lebih jimat dan cepat....tapi, di manakah sentimentel sentimental value nye?

Banyak sgt berceloteh, tak siap2 kerja mummy...Minggu ni minggu terakhir ayah menjalani SIP...Yahoo!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Serabut....

Sejak dua menjak ni, kepala mummy amat serabut....
kerja tak semakin berkurang...tapi makin membukit...tak putus2...
buat yang ni, teringat yang tu, buat yang tu teringat yang ni pulak...
aduhai...serabut2x...

Khalishah ni pulak lepas je demam minggu lepas, banyak le kerenah baru...
pantang nampak laptop, mesti nak tgk video dalam youtube...video yang ada gambar swimming pool
dan video baby main ball...bukan cukup satu...tak abis video tu abis, mulut comel ni mintak pulak nak
tengok yang lain...huhuhu...mmg laptop tu Khalishah yang punya! Tak dapat mummy nak siapkan kerja
yang berlambak2 ni...

Persiapan raya? Selai baju pun takde lagi...kuih raya? adalah 2 jenis dah order ngan aunty Leen...
Duit raya? Mana nak tukar, gaji pun masuk 25hb...(kalau tak silap)...kasut raya? pakai je mana yang ada..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesengsaraan

"Ya Allah Ya Tuhanku...aku mohon kepadamu agar Engkau hilangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh abangku...." Itulah yang selalu mummy ucapkan di dalam hati setiap kali mummy melihat wak com muntah2....Tak sanggup mummy lihat tubuh wak com yang semakin susut disebabkan hanya makan dlm kuantiti yg terlalu sikit...itupun keluar balik sebab muntah yang terlalu kerap....hampir 2 bulan wak com macamni...asyik keluar masuk hospital...semalam paman mamong bawak wak com balik kg untuk dapatkan rawatan tradisional....dan, masa inilah mummy dapat lihat mcmana sengsaranya wak com menghadapi dugaan ni...

gambar ni mummy ambik masa melawat wak com di HKL.
Published with Blogger-droid v1.7.2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KINI KEMBALI

Kini, mummy kembali  mengetuk biji-biji keyboard setelah sekian lama tidak berblog....ye..sungguh bz...bermula dari benda yang mummy tak nak buat, tiba-tiba tergerak untuk buat....dengan berkursus selama seminggu di Melaka, kemudian, balik dari berkursus, tidur malam pula selalu tidak cukup gara2 nak siapkan dokumen2 yang diperlukan....Ya Allah...kadang-kadang kesian tgk Khalishah kena heret sekali dalam perkara ni..berkampung kat opis mummy n ayah...tapi, yang pastinya Khalishah cukup happy bermain, berlari ke sana -sini sebab opis mummy mmg cukup luas...

Meja mummy kat opis, tak yah cerita lah macamana keadaannya....semuanya mummy letak gitu-gitu je...tak larat nak kemas...semua frame yang ada gambar kawin mummy n ayah + gambar Khalishah masa baby dulu, habis Khalishah conteng...dan, kelmarin gara-gara tak sempat nak kemas, gambar kawin mummy yang Khalishah buat main atas karpet opis mummy telah dipijak oleh student dan pecah....huhuhu...sangatlah sedih....

Isnin (18 Julai 2011) - Bermulalah mummy melalui PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) dengan ayah...nasib baik sebulan je...ayah nak mencapai impiannya untuk mengikuti Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) di Kajang...begini rupanya keadaan kawan-kawan mummy lain yang dah biasa melalui perkara ni....Mendengar kisah-kisah sedih+seram dll yang selalu diceritakan oleh kawan-kawan mummy semasa duduk berasingan dengan suami membuatkan mummy bersyukur dengan apa yang mummy ada sekarang ni...Biar pun tidak mewah dengan wang ringgit/harta benda yang mahal2, tapi cukuplah dengan kasih sayang yang ada...Alhamdulillah...

Fail Rekod Pensyarah (FRP) mummy tak wujud2 lagi...banyak yang mummy dah ketinggalan disebabkan pergi berkursus...walaupun minggu ni mummy dah mulakan kuliah, tapi hati sentiasa resah bila tiada persediaan yang baik dibuat untuk masuk ke kelas...Muka nampak confident, tapi dalam kepala kusut memikirkan aktiviti apa yang nak dibuat di dalam kelas supaya P&P berjalan dengan lancar.

Banyak lagi yang nak diceritakan...tapi cukuplah setakat ini sahaja dulu...Oh ye...alhamdulillah Wak Com telah pun keluar dari hospital....Semoga wak com bertambah sihat dan dapat melaukan kerja seharian seperti biasa....  


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerusi malas

Disebabkan kerusi malas ni amat cute, maka mummy terpaksa beli untuk Khalishah..telah dibeli di kedai rotan teluk intan selepas menjamu selera di kedai nasi lambai...
Published with Blogger-droid v1.7.2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

my hobbies and interests

Bukak laptop je, mummy / ayah mmg tak boleh buat keje...mulalah ada suara comel minta
itu ini :

"mummy nak tinkel tinkel" ---> TWINKLE2X
"ayah, nak ala cong!" ---> ELMO SONG
"nak kebau" --> BANGAU OH BANGAU

lagu-lagu lain:
Lagu ibu (ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku)
Bapaku pulang dari kota
Gelang..si paku gelang

kalau letak dalam playlist mmg bnyk lagu2 kegemaran

Semuanya berada di hujung jari...mmg mudah dan cepat berbanding dengan zaman mummy dan ayah masa 
kecik2 dulu...Apa yang mummy perhatikan, Khalishah ni memang suka dengan mendengar lagu2 dan menonton tv  / movie dalam laptop, suka request lagu 'MAJEN' (maher zain) INSYAALLAH dalam kereta...banyak ikut cara ayah...tidak berapa suka dengan buku cerita yang mummy belikan...habis dah kena koyak...kulit buku je tinggal....

dan...sekarang Khalishah sudah boleh mengira 1-10 (walaupun selalu miss nombor 6), one, two, three, meniru gaya dalam iklan, suka berlakon (berlakon jd baby, buat2 lembik, menangis sambil tgk cermin), suka pakai mekap (bedak, lipstik mummy dah habis Khalishah kerjakan), tidak suka main anak patung tapi lebih suka bermain dgn bear...pakaikan bear pampers dan sapukan minyak yuyi pada perut bear...bercakap tidak henti-henti...owh lupe,,,sinetron indonesia kegemaran : 'sapa mawah' (Safa dan Marwah)...hari2 tgk jam 1-3pm...(isnin-jumaat)...tak boleh tukar channel lain...

inilah Khalishah....suka buat aksi lucu 'menggeletek' mummy dan ayah sekeluarga.... :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindu..

Terasa rindu pulak dgn WNH...Khalishah sempat jugak naik dlm tempoh 1 thn 5 bln sblm bertukar tuan.

Bnyk jasa yg dah WNH taburkan...dan tak bnyk ragamnye.... Dan dah berkhidmat pd mummy selama 5 tahun. Owh...mmg rindu...

Sept 2005 - dikeluarkan dr perodua bdr baru bangi. Dan dibawa pulang ke kg oleh wak com. Dgn down payment hy rm400.

Bbrp mnggu pakai - bergesel pulak dgn 'bontot' saga seorg lelaki yg bongkak. (bukan salah mummy).

Bbrp bulan kmdn - langgar besi atas jln raya. Habis bumper blkg belah kiri renggang ke bwh.

Lagi dan lagi - ada org lggr lari. WNH dlm parking. Habis kemek sisi kiri belah blkg. Nasib baik kwn paman mamong boleh betulkan.

Bibik dayah langgar divider di traffic light sbk...melecet belah kiri jugak...

Mummy pun langgar divider di tmpt parking politeknik...juga belah kiri...dah bergerigi di skirting...nasib baik kt belah bwh...

Ayah undur masa kenduri uncle nasa...tak perasan jalan tu tinggi...habis bengkok ekzos...

Ayah turun parking kt jusco...tak nmpk tgh2 tu ada divider semasa membelok...huhuhu...rabak le sikit...nasib baik juge belah bwh...

Spnjg tempoh jagaan mummy ada 3 saman kena...tapi semuanya bukan mummy yg bwk....huhuhu...

Okt 2010 - bertukar tuan ke bibik dyh...dan MBE kembali ke tgn ayah stlh bnyk kali bertukar tuan....dan selamat dtg kpd WUM....
Published with Blogger-droid v1.7.2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hasil nukilan saya

    ,,v,mjmcncnxhhncbxhjuloxlkm,,lk ,                                        ffggffghhjk


59


NOTE : Telah ditaip oleh Khalishah dgn kelajuan yang amat pantas...hehehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

yahoo!

Mummy tidak sangka dlm usia 30 tahun ni mummy masih lg menceburkan dlm bidang seni...(chewah!) bidang yang dah lama mummy tinggalkan sejak di bangku universiti lg...

Group mummy menang chorul speaking tadi dgn merangkul 2 hamper untuk Johan dan costume terbaik. Serta 1 goodie bag utk best conductor (bonda ainie)...tahniah!

Dan...esok...bakat lakonan yg sememangnye dah terkubur perlu dicungkil dan digilap sehingga berkilat..hahaha...boleh ke?

Published with Blogger-droid v1.7.2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari gosok gigi

Peralatan untuk Khalishah gosok gigi...Cara nk menarik perhatian Khalishah adalah dgn nyanyikan lagu bangun pagi gosok gigi...Air untuk berkumur perlu menggunakan air rx water. Kalau tertelan pun takpe.
Published with Blogger-droid v1.7.2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini dalam sejarah

Hari ini dalam sejarah untuk hari semalam (19 Jun 2011).

Selain daripada Hari Bapa, semalam juga merupakan Hari Tidak Marah-Marah Khalishah...Ye, mummy dan ayah telah membuat keputusan untuk tidak marah2 Khalishah (cubaan untuk 1 hari)...Kesian anak mummy...Kami telah membuat kajian bahawa jika anak dilayan dengan baik atau diberi perhatian, anak juga akan memberi tindak balas yang baik dengan ibu bapa...Cubalah!

Tapi, banyak juga karenahnya...Samsung SL mummy yang sedang 'charging' telah jatuh berderai selepas ditarik oleh Khalishah. Nasib baik boleh berfungsi lagi...Kerusi kuning kecil ditunggang Khalishah umpama kuda lalu tersungkur di bendul dapur...tak sempat mummy nak selamatkan walaupun tinggal beberapa tapak lagi untuk sampai...Semua itu perlu mummy hadapi dengan penuh sabar tanpa marah2.... :)

Bangun je dari tidur petang, Khalishah merengek mintak kuih..."Nak kuih pau!" berulang kali Khalishah mintak..mana nak cari kuih pau maghrib2 ni? Akhirnya biskut Cream Cracker bergula dapat dijadikan pengganti...Tak cukup lagi..."Nak kuih, nak kuih"...Mana ada kuih..Nasi tak nak..mummy hulur 'cikedis' (tak galakkan pon)...tak nak juge.."Tak nak la...tak sedap!" Khalishah menolak 'cikedis' yang diberi sambil geleng2 kepala.

Itu cerita semalam...

Hari ni punye cerita:
Hari ni 20 Jun 2011 genaplah 6 tahun mummy berkhidmat di politeknik...Penuh dengan kemanisan dan kepahitan yang mummy dah lalui di sini...Ayah juga dah 6 tahun berkhidmat cuma lebih awal lapor diri daripada mummy iaitu 6 Jun 2005...

Hari ini juga Pak Long (Abg sulung ayah) telah dihantar ke Rumah Ehsan, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kuala Kubu Bharu setelah terlantar sakit hampir 2 tahun di bawah jagaan atuk...Alhamdulillah, diharap Pak Long dapat dijaga dengan rapi di situ...

Hari ini juga, mummy mendapat sms daripada Wak Com yang menyatakan dia muntah2 daripada subuh semalam (19 Jun 2011) hingga ke pagi tadi...Perkara serupa ini juga pernah berlaku sejak minggu lepas lagi...

**********************************************************************************


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Father's Day!

Tahun ni adalah kali ke-3 (2009, 2010 dan 2011) ayah menyambut Hari Bapa....Jadi, mummy nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayah. Tidak dilupakan juga kepada mbah tok dan atuk...Semoga semuanya dipanjangkan umur dan sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah...Tidak ketinggalan juga kepada semua bapa2 di luar sana...

Pengorbanan bapa tidak dapat dibayar dengan wang ringgit, juga seperti pengorbanan ibu. Kalau mummy nak senaraikan pengorbanan mbah tok dan atuk membesarkan anak-anaknya, memang terlalu banyak...Begitu juga dengan ayah..walaupun baru 2 tahun bergelar ayah, banyak pengorbanan yang telah dilakukan kepada mummy dan juga Khalishah... :)

Di kesempatan ini juga (macam hari raya pulak), mummy doakan agar mok teh dan pok teh, bonda ainie, auntie leen, auntie rossa dan auntie yati dikurniakan cahaya mata dan dapat menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa bersama mummy dan ayah pada tahun depan.... aminn....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku seperti model?

Khalishah seperti model atau mummy seperti model? Oh, sudah tentu tidak...jauh sama sekali apatah lagi mummy yang bertubuh 'comel' macam ni...

Mummy nak bercerita sedikit mengenai adab sopan segelintir masyarakat kita sewaktu bercakap sesama manusia... Entri ini mummy tulis adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mummy selama ni...dan diharap dapat dijadikan panduan kepada anak mummy dan pembaca di luar sana... :)

Kurus VS gemuk...mesti anda semua dapat membezakannya bukan? 
Ya, sudah tentu anda semua tahu dan tak perlu merujuk Kamus Dewan atau yang sewaktu dengannya...

Biasanya, manusia yang perasan tubuh badannya seperti model akan berkata begini sekiranya :

a) kita bertubuh kurus
    i. "dah le kurus"
    ii. "kurus sgt la ko ni, tak cantik!"
    iii. "kesian...dah le kurus kering.."
    iv. "cengkung la ko ni"  
    v. "ringannye...tak makan ke?"

b) kita bertubuh gemuk
    i." ishk...apasal le ko gemuk sgt?"
    ii. "mesti ko makan lebih daripada 1 pinggan kan?"
    iii." debabnye....."
    iv. "dah le gedempol.."
    v. "senget keta aku ko naik"

dialog2 di atas adalah sebahagian sahaja..mungkin ada yang lebih teruk.. Jagalah percakapan kita agar tidak mengecilkan atau melukakan hati orang lain...banyak lagi perkataan yg indah2 untuk dilontarkan atau lebih baik kita berdiam diri...

Ingatlah wahai anakku dan pembaca sekalian, jangan anggap semua org suka dgn percakapan kita...kerana mulut badan binasa....lebih elok sebelum bercakap itu ini, kaji dulu ketinggian dan berat badan org tu...sesuai tak berat badan dengan ketinggian yang dia ada...baru betul... 






Fikir2kan dan renung2kan...selamat beramal!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 hari, 2 stroller

Memang penat kalau bawak Khalishah ke shopping complex. Mungkin Khalishah anggap shopping complex adalah 'playground'...Berlari ke sana sini di celah2 baju...Mummy dan ayah dah tak larat nak 'racing' dalam shopping complex sambil menjerit dengan 'volume' yang agak kuat...(masa ni dah tak rasa malu)..mungkin ibu2 dan bapa2 di luar sana pernah mengalami situasi ini...dan mungkin disebabkan tu mummy ni sentiasa slim...kuikuikui...terima kasih Khalishah sebab bagi exercise free kat mummy, tak payah bersusah payah main badminton tiap2 hari macam ayah. :P



Kenapa 2 hari 2 stroller?



Hari Pertama:



Disebabkan tak larat nak mengejar, maka terpaksalah mummy dan ayah beli sebuah stroller kat SOGO..(sebab masa tu adegan kejar-mengejar berlaku kat SOGO). Khalishah dapat duduk dalam stoller tu ada lah lebih dari 2 jam...dan ayah dapati tayar stroller tu 'gelong'...lalu ayah pulangkan balik. Tapi, stok dah habis. Salesman bagi 2 'choice' sama ada nak 'refund' duit atau pun tukar dengan jenis yang lain...Mummy dan ayah dah penat...penat berjalan + penat mengejar Khalishah...baju kerja ayah yang dicari tak dapat lagi...lalu kami ambik keputusan untuk ambik balik duit...


Nasib baik mummy sempat ambik gambar stroller ni




Hari Kedua:



Dengan menggunakan duit yang dipulangkan semalam, ayah telah beli stroller yang lain...brand yang lain tapi warna yang sama...dah tentu warna kegemaran mummy --> merah dan hargayang agak berbeza sedikit. Dan stroller tu telah dibeli di JUSCO Cheras Selatan, berdekatan dengan rumah Wak Bad.



Belon wajib ada...


Tapi, adakah berbaloi beli stroller? Masa baby dulu takde stroller ke?



Untuk soalan yang pertama :


ada masanya berbaloi, ketika Khalishah tidur.


dan ada masanye rasa tak berbaloi, ketika Khalishah tak tidur dan mintak untuk turun dan berulanglah semula sesi kejar mengejar...




Untuk soalan yang kedua :


Ada, tapi sudah tidak sesuai dengan umur Khalishah sekarang.

Kaki sudah terjulur keluar dan tidak selesa ketika tidur.




Dan, yang mummy rasa cair untuk beli stroller ni sebab, kesian tgk Khalishah hari2 belek katalog SOGO yang ada stroller...tidur dgn katalog, naik basikal letak katalog dalam bakul, hari2 cakap dengan semua org dalam rumah, "troli antik ke?" (maksudnye cantik tak stroller ni?)...mungkin Khalishah rasa jeles tgk baby lain ade stroller.. iye ke?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baca Doa Makan (Full Version)

Alhamdulillah, Khalishah dah boleh baca doa makan sepenuhnya (walaupun pelat)...

Doa naik kenderaan masih dalam proses, boleh sambung sikit2 bila mummy/ayah baca.


Mummy ada record video Khalishah baca doa, tapi agak tidak clear suaranye sebab dirakam dalam kereta. Bila mummy nak rakam balik, mula lah buat2 tak nak baca...Huh! Tunggu ye, nanti mummy upload kalau dapat yang terbaek!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melaka di Hatiku (Part 2)

Setelah 3 hari bercuti di Melaka, mummy dan ayah kembali bekerja...Tak sempat nak pegi jalan lama2 sebab sibuk buat persiapan kenduri arwah nenek (mak kepada ayah)...Kebetulan masa tu banyak event yang ada kat Melaka cthnye Karnival Sungai Melaka dan PC Fair...semua tu tak penting, asalkan kenduri yang telah dirancang berjalan dengan lancar...


Tapi, sempat jugak mummy dan ayah bawak Khalishah tgk Kapa Uncu Kung Fu Panda 3D kat JUSCO baru...1st time ni Khalishah masuk tgk wayang...xcited sungguh...tambahan pulak kena pakai glasses...glasses tu takde saiz kecik, jadi ayah selitkan tangkai glasses tu kat celah-celah cekak rambut Khalishah...


Di awal tayangan...

hi hi hi hi he he he he kih kih kih...Khalishah terkekek2...apa taknye 1st time tgk tv 'becar'...

Seronok bukan main, sebab boleh tengok semua objek macam kat depan mata dan macam boleh disentuh...


Di pertengahan tayangan...

Adegan perang-perang...

sob sob sob sob sob....

takuuuut....mummy....sob sob sob...takut bom kena kat Khalishah kot..hehehe...


Mummy dan ayah pujuk2...

takut pulak melalak kat dalam tu...

*

*

mood kembali stabil...

*

*

Adegan mak si Panda tinggalkan Panda dalam bakul lobak...

sob sob sob sob sob....

Khalishah teresak2 menahan sedih...

sob sob sob sob....

lama la jugak Khalishah berada dalam keadaan emo...

mesti Khalishah 'letakkan diri Khalishah dalam kasut Panda' tu kan?



Hmm...

Boleh tahan jugak anak mummy ni...ikut sape agaknye?






Sempat bergambar bersama en. Smurf,

gambar 'Kapa Uncu' takde...

**Stokin kelabu tu baru je dibeli kat Sox World sebelum masuk tgk 'Kapa Uncu'**


Snap foto Khalishah dalam panggung...


Bersama sepupu sepapat Khalishah di rumah atuk....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melaka di Hatiku (Part 1)

Ini blog pasal Khalishah ke atau pasal cuti2 malaysia? Hehehe...

Bolehlah kot asalkan ada kaitan dengan diri Khalishah, mummy dan ayah Khalishah...
Kenapa mummy tulis tajuk entri ni dengan "Melaka di Hatiku" ?

Sebab Jumaat ni kita nak balik kg!!!

Setiap balik ke Melaka, mummy akan anggap sebagai satu cuti2 malaysia...Bukan ke Melaka tu negeri pelancongan? Ok lah tu... Biasanya penginapan akan ditaja oleh Atok/Pok De/Pok Teh...Best apa..FOC! Biasanya kalau org lain dtg ke melaka terpaksa ler menginap kat hotel/motel/chalet dan sbgnye...


Mummy mmg suka dgn negeri melaka...1st time mummy jejak ke melaka adalah semasa Darjah 6 dulu..lebih kurang 18 tahun yang lepas..Biasalah, ikut rombongan sekolah...




Masuk ke sekolah menengah, kbnykan kawan2 mummy ramai yang berasal dr melaka...


sape? aunti silah, aunti marjana, uncle din...


Nak dijadikan cerita, rupe2nye mummy dah sampai ke Pernu ni masa Form 3 dulu sebab dtg umah kenduri rumah uncle din...dan nak dijadikan cerita juge, uncle din ni rupe2nye satu sekolah rendah ngan ayah...hehehe...




Masuk ke universiti, pon sama...aunti mar salah sorangnye...org Sg Udang..


so, selalulah mummy dtg ke melaka.




Masuk alam pekerjaan, pon same...


aunti fida ponn org melaka...(merlimau)




dan.............




yang paaaaling penting, dapat suami pon org melaka


(lah...mmg ler..dah tau pon)


kuikuikui...




setiap kali balik melaka, mesti wajib satu tempat akan dilawati...walaupon dah pernah sampai dulu2...


tapi skrg ni nak lawat lagi bersama2 insan tersayang...




Tempat yang telah Khalishah lawati:




1. A Famosa



2. Pantai puteri (Beli ikan..hehehe)




3. Pantai Klebang (Minum Coconut shake..wajib minum tau!)





3. Zoo Melaka (Zoo Ke-2 terbesar di Malaysia)





Masa ni umur Khalishah dalam 1 tahun 4 bulan....



Dalam zoomart..boleh beli souvernir kat sini...






Antara haiwan2 yang dilawati....



Gambar paling atas belah kiri tu 'Manuk Medhi'



(Ayah translate Burung Hantu ke bahasa Jawa....



hhaha...salah!salah!...Manuk Kokok Beluk baru betol!)




4. Dataran Pahlawan (dulu2 tak macam ni rupe dia)






5. Shopping mall (tempat wajib)- Mahkota Parade, Jusco, Mydin MITC



(la..shopping mall pun tulis ke??dalam website ada tersenarai tau-places to visit)





6. Alai Ikan Bakar (tu pun tak sempat duduk sbb org ramai sgt)







Uishh...banyak lagi tempat tak pergi ni....



ayah, mummy dah listkan tempat yang dah pernah pegi..



so, tempat2 lain kena bwak Khalishah ni...





bermula 1 jun ni ada Karnival Sungai Melaka...



apa yang ada?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khalishah kembali keseorangan

2 hari ni, Khalishah penuh dengan riang ria..
Mak cik sekeluarga datang drpd KL untuk shopping dan tempah baju raya...
kenapa shopping dan tempah kat sini?

Sebab2nya yang mummy dapat simpulkan adalah:

1. tak perlu tempuh jem dan sesak dgn org ramai.
2. upah tempahan baju yang murah
3. boleh jumpa ayah, mummy dan khalishah sekeluarga...

Khalishah bukan main seronok lagi dapat bermain dgn
kak long, kak ngah, kak nina dan kak 'adik' (kak umaira)...
main playground dgn kakak, makan dgn kakak, semuanye dgn kakak...

hmm...tapi sekarang kena main sorang2 lagi...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KAPA UNCU?

Kapa Uncu? Apa kapa uncu tu? Mummy pandang ayah,




ayah pulak pandang mummy...




nak kapa uncu! nak kapa uncu!






Khalishah tetap merengek sambil menuding ke arah solivite dlm peti ais...




Kapa uncu tu ape?








Alahai....bila ayah angkat solivite, ternampak le penanda buku



percuma dalam pek solivite tu...



nak tau tak apa yang ada kat penanda buku tu?











Hahaha....Kung Fu Panda!!!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rezeki anak ke-2

Pagi tadi dapat berita baik!!! Ayah dapat surat yang menyatakan ayah dianugerahkan

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)...Alhamdulillah...Inilah hasilnye setelah membanting tulang 4 kerat selama 6 tahun...

Mummy jeles? Takdelah...Mummy rasa bangga sgt...

Alhamdulillah, mummy pun dah pernah dapat masa mummy dalam pantang dulu...

Rezeki anak pertama...

Jadi, adakah kali ini rezeki anak kedua?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baca Doa Makan

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.






Khalishah dah boleh baca doa makan...alhamdulillah...walaupun bukan 1 doa yang lengkap, tapi dah boleh sambung ayat2 dalam doa yang mummy bacakan....



:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti-cuti Mei 2011

Percutian di Langkawi


Hari Pertama (11 Mei 2011)




Akhirnya terlaksana impian mummy untuk jalan2 ke Langkawi...bawak mbah tok dan mbah nek sekali...Memang satu percutian yang best walaupon terlalu penat sebab perjalanan yang jauh (sebenarnya ayah yang paling penat)...bertolak dari rumah jam 8.00 pagi, singgah sarapan pagi kat Sabak Bernam dan teruskan perjalanan ke Kuala Perlis dengan menaiki Livina mummy..(opps...kepunyaan bersama mummy dan ayah). Sampai je kat pintu gerbang negeri Perlis, disambut dengan hujan renyai2.... Wah! tak sangka, dah 3 tahun mummy dan ayah tak dtg sini...dulu 2 kali setahun pasti kami ke sini...(bukan honeymoon) tapi kami ada Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Perguruan Perlis.




Sampai kat Kuala Perlis jam 3.00 pm...makan tengahari kat jeti sementara nak menunggu feri pukul 4.00 petang...Livina dah ayah parking dengan selamatnya di tempat parking berbumbung dengan caj RM30.00 (satu hari RM10.00)..mmg senang cari parking sebab bukan cuti sekolah...Sebelum tu, sempat si comel ni berposing di depan Info Centre Kuala Perlis.



Dalam feri, Khalishah begitu xcited! al-maklumlah baru first time naik...Khalishah amat teruja dengan laut..mmg Khalishah pantang nampak air...
Sampai kat Kuah, terus je pergi ke kaunter MRP untuk sewa kereta viva...RM140 untuk 48 jam...Mummy mintak viva paaaaling baru..hehehe..bukan ape, takut ada masalah kalo dapat kereta buruk lama...Sampai kat homestay Sek. Men. teknik Langkawi dalam jam 6.30 petang..Kadar sewa homestay ni adalah RM150 per night...penat..memang penat...Makan malam berdekatan dengan pasar malam...

Hari Kedua (12 Mei 2011)
Selepas sarapan kat Big apple (saje tukar selera), ayah bawak kereta viva nye ke Padang Matsirat....Bergambar kat Beras terbakar, memborong kain batik/kain pelekat untuk hadiah anak2 mbah nek (mbah nek la beli)...Mummy borong 4 lai kain batik je dan 1 lai kain pelekat untuk atok deris...5 lai Tshirt langkawi (mummy, ayah, paman among, pok cu dan khalishah punye)...


Lepas makan2, terus ke underwater world tgk haiwan dalam laut...mmg best....Khalishah paling suka....Sempat juga bergambar (diambil oleh jurugambar kat situ) sebelum masuk ke dalam untuk kenangan2..tapi kena bayar RM35 untuk sekeping gambar...
Mummy teringin naik cable car...tapi hampa..hujan turun dgn lebatnya...so, terpaksa ditunda keesokan harinya...ayah terus bawak ke tempat shopping...mummy ajak ayah pegi SAGA..bak kata auntie dila, kat situ murah sikit berbanding Hj Ismail Group dan Idaman Suri...mmg betul pon.. so, mummy borong coklat dengan bnyknye untuk 'jajan' sedara-mara dan ofismate mummy...Hari dah malam...penat betol...misi 'menshoppingkan' diri terpaksa disambung pada esoknye...

Owh ye...sebelum balik ke homestay, sempat jugak singgah kat al-Ikhsan...dapat le sepasang sandal nike Khalishah color pink...

Hari Ketiga (13 Mei 2011)
Hari terakhir di langkawi....cepatnye masa berlalu...mmg tak cukup masa nak pergi semua tempat...awal2 lagi mummy beli tiket feri...takut habis..maklumlah hari Jumaat kat Langkawi ni cuti...lepas tu sambung shopping lagi...mbah nek beli pinggan mangkuk..ayah singgah kedai sukan..rembat satu lai t-shirt nike...ayah dah bosan dengan baju yang ada..asyik sama je dalam gambar..balik2 tu jugak..hehehe...




Jalan-jalan-jalan.....tak disangka, kedai elektrik yang jual tv ada jual mesin gunting rambut yang mbah tok cari daripada semalam...dapatlah 1 set dengan harga yang ok. akhirnya, misi pencarian mesin gunting rambut dah tercapai...




Cable car? tak dapat gak mummy naik...sebab tgh service..huhuhuh...next time lah....Tempat2 lain? banyak yang tak dapat pergi...masa banyak dihabiskan kat shopping...hehehe...

Naik feri jam 5.30 petang...badan rasa letih sgt...perjalanan atas laut ambil masa 1 jam je berbanding dgn masa pergi yang ambil masa 1 jam 15 minit...


Percutian di Perlis

Hari Pertama (13 Mei 2011)
Selepas turun dari feri, mummy ajak makan kat kedai makan Kuala Perlis (tepi laut)...waktu masa tu hampir jam 7.00 malam...Khalishah terlalu seronok bermain2...seronok jumpa kawan2 baru...berlari sana sini...walhal tak kenal pon...

Lepas makan, call auntie rosa untuk check in homestay UniMAP bersebelahan dengan kedai makanan kegemaran mummy dan rakan2 KDC - Anjung Keli...Homestay ni betul2 dekat dgn maktab tempat mummy dan ayah berkursus dulu...


Homestay ni mmg luas...ada 3 buah bilik yang luas, dan 2 bilik air...lengkap dengan tv, aircond, peti ais, mesin basuh, ampaian, iron, bath tab, sofa, meja makan....cuma dapur je takde..(tak penting pon)..Kadar sewa homestay ni adalah RM200 per night..tapi mummy dapat harga yang murah atas pertolongan sepupu kwn mummy...


Pada jam 1.30pagi, tiba-tiba Khalishah muntah dengan banyaknye...habis cadar dan baju mummy...terpaksalah pindah ke bilik yang lain...


Hari Kedua (14 Mei 2011)


Pagi esoknya, mummy bersihkan segala kekotoran yang melekat pada cadar, baju, kain mummy dan khalishah...dalam hati berkata..nasib baik ada mesin basuh...nak dijadikan cerita, tgh mummy bukak kepala paip yang salurkan air ke mesin basuh, tiba-tiba kepala paip tu tercabut dan air memancut2 keluar..ADUSSS!!!!! bertambah dah kerja mummy...lantai yang basah..baju mummy habis lencun...

Ayah berlari keluar untuk tutup meter air dan terus bagitau pak guard...pak guard tgk apa yg patut dan panggil penjaga rumah tersebut....kebetulan, mummy mmg nak tambah 1 malam lg..Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana...Dia telah mengaturkan segalanya...mummy terus je request kat penjaga tu yang bernama abg Syam untuk tambah 1 malam menginap...owh! boleh je....

Kesimpulannya untuk kejadian Khalishah muntah pada malam tu mmg memberi hikmah dan memudahkan urusan mummy...
Habis segala urusan membaiki kepala paip, barulah dapat keluar berjalan ke Padang Besar idaman mbah nek...mbah nek la paling bnyk shopping...mummy dapat beli blous mummy dan mbah nek, tshirt mbah tok, gaun khalishah dan seluar 3/4 ayah...tapi malangnye....huhuhuuhu...blous mbah nek dan seluar ayah ketat...blous tu dapat kat mummy balik sebab mummy lebih slim drpd mbah nek..seluar ayah tu pulak bagi je kat paman mamong....adakah badan mbah nek dan ayah semakin naik atau blous dan seluar tu terlalu kecik??? hehehhe...

Lepas tu, ayah drive menuju ke Wang Kelian...betul2 dah sempadan Thailand...1st time mummy sampai sini walaupon lebih kurang 1 tahun stgh study kat perlis. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Padang Besar, bagi mummy lagi best kat Padang Besar...dengan jalan yang berlengkok2...Cuba tgk dalam gambar GPS mummy tu.






Hari Ketiga(15 Mei 2011)

Hari untuk balik....
Sebelum balik, mummy ajak ayah bergambar dulu kat depan maktab...nostalgia sungguh...tq auntie rosa sebab sudi tlg ambilkan gambar...Lepas tu singgah kejap kat rumah auntie rosa...dapat banyak sgt buah mangga...rumah auntie rosa nie kat tepi sawah, jadi pokok mangga mmg banyak...slurrrpp....on da way balik ke sabak bernam, singgah sekejap kat Pekan Rabu, alor Setar...shopping lagi..hehehe..mcm biasa, mbah nek yang banyak shopping...

Pastu? Balik lah..apa lagi...isnin kena kerja...
Dah le silap jalan sebab hujan lebat..tak nampak simpang....GPS pulak buat hal....tak pasal2 ikut jalan jauh...berliku2....

Alhamdulillah...lebih kurang 7.45pm sampai kat rumah dengan selamat..... :)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khalishah's collection




Hari ni mummy nak cerita pasal koleksi kasut2 Khalishah dr 0 bulan - 2 tahun....


Tgk...bukan main suka lagi bergambar dgn sebahagian drpd koleksinya..








Foto 1 : Koleksi 1, 2 dan 3

Dari kiri : Present dari Aunty Fiza (Fiffy), abg afiq (crocs) dan mummy (royal baby)




Foto 2: Koleksi 4



sponsored by : ayah
brand : nike
shop : al-ikhsan, Mahkota Parade
note : kasut pertama selepas boleh berjalan




Foto 3: Koleksi 5




sponsored by : mbah nek
brand : otromen
shop : kedai leng seng, parit baru
note : untuk dipakai dalam rumah...disebabkan suka sgt pakai selipar mbah tok dalam rumah.




Foto 4: Koleksi 6




sponsored by : mbah tok
brand : spiderman
shop : kedai parit baru
note : untuk dipakai di sekitar rumah / jln2 naik motor dgn mbah tok




Foto 5: Koleksi 7


sponsored by : ayah
brand : NYC
shop : Ipoh Parade, Ipoh
note : beli masa mummy kursus kat PUO



Foto 6: Koleksi 8



sponsored by : mummy
brand : baby kiko
shop : Jusco, Melaka
note : hasil seni Khalishah atas kasut





Foto 7: Koleksi 9



sponsored by : mummy n ayah
brand : baby bubbles (bata)
shop : Bata, Alamanda
Note : Yang ni adalah kasut terkini buat masa sekarang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 Tahun Sudah

Semalam genap umur Khalishah 2 Tahun...Happy Birthday Khalishah! Semoga anak mummy dan ayah ni akan jadi anak yang baik dan taat...Semoga sentiasa sihat, cerdik dan ceria selalu...

Dan buat pertama kalinye, mummy menjemput rakan2 dan family mummy untuk menjenguk blog ini....(yang dah lama terperam takde sape yang baca)...



Mummy bersyukur sebab dapat menyusukan Khalishah sehingga umur 2 tahun..



(tgh pikir macamana nak cerai susu)



Comel kan kek ni?





Cerianya....tak macam tahun lepas....menangis sebab mengantuk...






Khalishah dapat apa tahun ni?



1. Gaun + cardigan - dari kak mia



2. RM10 - Bik Dayah



3. RM10 - Paman Among



4. RM20 - Mbah tok




5. Swimming pool - Auntie dila


6. Dua pasang baju tidur - mbah nek




Mummy dan ayah bagi apa? Hehehe....tunggu....
______________________________________________


sepasang sandal nike pink...


















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MakeOver

Hahaha..lupe pulak nak cerita...

2 minggu lepas g 1 Utama...mummy beli barangan makeup Maybelline...

Dengan pembelian RM50 ke atas, dapatlah MakeOver dan satu sesi penggambaran percuma...ishk! tak naklah mummy...

"Takpe, bagi anak u pon boleh.." kata salesgirl maybeline. Baru je sapu bedak kat muka Khalishah, terus je Khalishah cabut lari....hahaha...takpelah, tanpa mekap pon dah comel...

Tak sangka pulak mummy, Khalishah nak berposing depan kamera...


Nilah hasilnye....




Kenapa cover Remaja? Dah memang khas untuk remaja..nasib baik bukan mummy yang ambik gambar...Kalau tak perasan remaja... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti2 Bulan Mei


Alhamdulillah...mummy dapat booking homestay kat Langkawi dan Perlis untuk percutian bulan depan...Terima kasih sgt kat aunty Yati sebab bagi nombor hp Cikgu Miza (cikgu sek. men. teknik langkawi) dan terima kasih juga kat aunty Rosa yang bersusah payah membookingkan rumah rehat UniMAP kat perlis(pastu siap dapat staff rate lagi)...

Bulan mei mmg cuti2 malaysia sebab 30 April - 1 Mei ni pulak kita akan ke Port Dickson untuk
reunion member lama mummy masa study kat UPM...

Moga2 apa yang dirancang ni akan berjalan dengan lancar dan selamat...aminnn...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudah pandai posing

Tahniah untuk anak mummy sebab dah pandai posing depan kamera...bukan main suka lagi...sambil pegang bear (yang dirembat daripada Qaisara anak auntie fiza) dan bunga comel (kepunyaan bik dayah yang mummy curik dari bilik bik dayah), Khalishah berposing dengan sweetnya...kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas laa...(tak boleh duduk diam, berjalan ke sana sini..siap takut pulak dengan uncle tukang gambar)..Mummy tak dapat nak upload gambar sebab kena scan dulu..bab ni lah yang mummy paaaling malas...sebab takde benda tu kat depan mata..nantilah, tunggu ayah buat...hahaha...

Lupa lak...ambik gambar ni adalah untuk Pertandingan Q-Baby Billion...
Turut serta ambil bahagian : Qaisara (anak auntie fiza) dan Najwa (anak auntie Yati sa'adah).
--------------------------------------------------------------------------------------------
Yeah! Mummy dah berjaya merajinkan diri untuk scan...
Foto 1 : Gambar ni yang mummy n ayah pilih untuk pertandingan tu....


Foto 2 : Sweet kan gambar ni?


-------------------------------------------------------------------------------------------------



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sorry la sayang....

Bukannye boleh tinggal lama sikit...menangis tak henti2 nakkan mummy...
Mummy bukannye tak nak bawak Khalishah tadi..tapi, kalau Khalishah ikut, mummy dan ayah tak dapat nak bincang ngan cina Chop Hock Leong tu...mummy dan ayah nak mintak tawar kaw kaw punye laptop dan handphone tu...

Akhirnya mummy dapat jugak beli laptop DELL Inspiron N4110 dan handphone baru..dah sekian lama mengidam...akhirnya Alhamdulillah terlaksana sudah...punyelah survey kat PC fair sabtu lepas kat KLCC...tapi akhirnye beli je kat sg besar sebab kat sini lagi murah, siap dapat diskaun price lagi..hehehe..dan yang paling penting, mummy dapat pengaruhi ayah untuk beli handphone Samsung Galaxy SL...hehehe..so, kami ada sepasang!!! Android lagi...hari ni belum ada stok..so kena la tunggu dalam 3 hari lagi...tak sabarnye!!!! Handphone lama mummy tu, mummy bagi kat mbah nek...bukannye mummy tak nak belikan mbah nek hp baru.. tapi mummy dah tukarkannye dalam bentuk wang ringgit...lagi mbah nek suka..boleh beli apa saje yang mbah nek suka...hehehe...macam tu jugak ngan mbah tok..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Tak bukak lagi cover depan tu...hehehe


Tu tangan comel Khalishah merasmikan laptop baru mummy....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikut muka sape?




Mummy tak sangka pulak boleh dapat result macam ni....
Tapi ramai yang cakap, sekali pandang Khalishah ikut muka mummy,
dua kali pandang ikut muka ayah...hmmm.............

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mummy bengang!

Hari ni mummy bukannye nak cerita pasal perkembangan Khalishah... Tapi nak cerita pasal kebengangan mummy terhadap tukang emas kat kedai emas Sg Besar.. Dia dah rosakkan gelang yang ayah hadiahkan pada hari pernikahan kami...sob sob sob...sedih sangat... Kelip di tepi gelang mummy tu dah longgar..dah lama tak pakai dan tersimpan je kat rumah... semalam, tergerak hati mummy nak betulkan kat kedai emas... mummy perati je pekedai emas tu betulkan...guna playar muncung tirus...lebih kurang macam mbah tok punyer cuma warna dia gold....lepas dah siap, cina tu bg kat mummy tgk....tersirap darah mummy bila tgk kelip tu dah cacat! dah le bengkok, pastu hilang sadur emas tu hingga nampak logam dalam tu....haaaaaaaaaaahhhhhh! memang bengang sgt!
Lebih kurang macam ni la dialog antara mummy, ayah dan cina tu:
Mummy: Eh, rosak gelang saya ni...bengkok! Abg, cuba tgk ni..

Cina : Mana ada i rosakkan...i betulkan kasi ketat...

Ayah : Apa pulak! u dah rosakkan ni...sampai nampak logam dalam..

Cina : Mana ada i rosakkan...tak seronoklah u cakap macam tu..i buat bisnes...tapi u cakap i dah rosakkan barang u...

Mummy : i pon tak seronok! Gelang i dah rosak!


Bertekak punye bertekak...buat sakit ati je... mummy dan ayah pon keluar je dari kedai tu dengan perasaan tak puas hati...walaupon tak ketara, tapi disebabkan tulah satu2nye kenangan antara mummy dan ayah yang paling bernilai dan berharga....kebengangan tu masih terasa sampai sekarang... Memang kedai emas tu mummy blacklist terus....tak nak dah pergi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khalishah - 1 tahun 10 bulan

Lamanye lah mummy tak update blog ni...sejak Bik Dayah kawen, tak sempat nak bukak blog...
Sekarang ni Khalishah makin bijak..
Dah boleh bercakap dalam telefon lagi....Dah boleh bercakap dengan 1 ayat...hmm...alhamdulillah...
Banyak perkataan2 baru yang Khalishah boleh sebut...
Minggu ni politeknik tempat mummy keje ada Majlis Konvokesyen Ke 6...Pok Cu nanti naik
pentas ambik scroll Diploma...
Hari Rabu lepas, mummy n ayah bawak Khalishah ke Fiesta Konvo...Bukan main happy lagi Khalishah...Pantang nampak bola...bola ragbi yang berlumpur tu pon nak ambik...
Fiesta Konvo kali ni mmg meriah..sebab buat kat padang...
Teringat mummy kat Bukit Ekspo, UPM...tempat mummy n ayah dulu study....
Time konvo je, mesti hujan...habis lecak...tapi tulah kenangan manis yang tak dapat mummy lupakan... Ops...mummy n ayah bukannye bercinta masa study kat UPM...tak kenal pon walaupon satu fakulti yang sama dan kolej kediaman yang bersebelahan..Hehehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS