Bukak laptop je, mummy / ayah mmg tak boleh buat keje...mulalah ada suara comel minta
itu ini :
"mummy nak tinkel tinkel" ---> TWINKLE2X
"ayah, nak ala cong!" ---> ELMO SONG
"nak kebau" --> BANGAU OH BANGAU
lagu-lagu lain:
Lagu ibu (ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku)
Bapaku pulang dari kota
Gelang..si paku gelang
kalau letak dalam playlist mmg bnyk lagu2 kegemaran
Semuanya berada di hujung jari...mmg mudah dan cepat berbanding dengan zaman mummy dan ayah masa
kecik2 dulu...Apa yang mummy perhatikan, Khalishah ni memang suka dengan mendengar lagu2 dan menonton tv / movie dalam laptop, suka request lagu 'MAJEN' (maher zain) INSYAALLAH dalam kereta...banyak ikut cara ayah...tidak berapa suka dengan buku cerita yang mummy belikan...habis dah kena koyak...kulit buku je tinggal....
dan...sekarang Khalishah sudah boleh mengira 1-10 (walaupun selalu miss nombor 6), one, two, three, meniru gaya dalam iklan, suka berlakon (berlakon jd baby, buat2 lembik, menangis sambil tgk cermin), suka pakai mekap (bedak, lipstik mummy dah habis Khalishah kerjakan), tidak suka main anak patung tapi lebih suka bermain dgn bear...pakaikan bear pampers dan sapukan minyak yuyi pada perut bear...bercakap tidak henti-henti...owh lupe,,,sinetron indonesia kegemaran : 'sapa mawah' (Safa dan Marwah)...hari2 tgk jam 1-3pm...(isnin-jumaat)...tak boleh tukar channel lain...
inilah Khalishah....suka buat aksi lucu 'menggeletek' mummy dan ayah sekeluarga.... :)






0 komen:
Post a Comment