RSS
Showing posts with label baby comel. Show all posts
Showing posts with label baby comel. Show all posts

Penawar duka lara

Dah lama mummy tak update tentang perkembangan diri mummy yang makin mengembang ke depan ni...
 
Buku pink + klinik dah jadi rakan baik mummy sekarang....
Selepas mummy kena detect HB Low dengan bacaan 10.1, mummy lah pengunjung setia klinik tu...
 
Cabaran minum air gula (MGTT) pulak lepas tu sebab umur dah > 30 tahun.
Kali pertama paras hidung dengan bacaan 7.6 dan kemudian kena repeat dan dapat bacaan 8.4...makin meningkat kan? Hahaha....kerana itulah mummy terus menjadi pengunjung setia klinik. Buku keluar pejabat tu memang penuh je dengan nama mummy setiap minggu.
 
Semalam, mummy kena buat ujian BSP - Blood Sugar Profile sebanyak 4 kali dalam sehari. Berikut adalah keputusannya...
 
8 am - 4.4
12 pm - 3.8 (hypo la pulak...sebab makan roti je pagi tu...pastu ada kelas sampai tghari)
5 pm - 4.4
9 pm - 5.6
 
Hari ni, mummy masih meneruskan perjuangan...
9.00 am mummy terus ke klinik sebab kena jumpa doktor...
Doktor ni muda, rasanya lebih muda daripada mummy dan yang paling penting memang baik dan memahami.
BSP kena repeat untuk 2 minggu sekali sehinggalah bersalin..huh..cabaran.
Next BSP adalah pada 15/7 ni.. Dah tentulah mummy dilarang untuk berpuasa...Huwaaaa!
Tadi ambik darah dekat lengan untuk FBC(check HB) dan separuh darah lagi adalah untuk pantau kandungan gula dalam darah. HB dah makin naik 10.7..alhamdulillah walaupun masih belum mencapai 11.0...
 
Semua ni adalah duka lara mummy untuk pregnant kali ni. Tapi, yang penting baby dalam perut mummy ni sihat...Untuk mengawal perasaan yang duka lara ni, mummy selalu berfikiran +ve. Semua ni adalah untuk kebaikan diri mummy dan baby..Sekurang-kurangnya, mummy akan jaga pemakanan mummy yang selama ni tak diambil kisah... So, Don't Be Sad mummy...
 
Penawar duka lara yang mummy nak cerita hari ni adalah....
.
.
.
.
.
.
.
Tara!!!
 
 
 
Terima kasih pada ayah kerana sudi buat suprise! Sejambak ros merah diletakkan kat dalam kereta...Masa ni mummy nak ke klinik pagi tadi...Mesti beli lepas flash kad tadi kan? Kebetulan hari ni Hari Konvokesyen kat tempat mummy kerja.. Banyak le gerai2 bunga kat dalam dan di luar pagar... Mmmmmuah!
 
 
 
 
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khalishah 4 tahun VS PRU13

5 Mei 2013, tercatat dalam sejarah sebab tarikh ulangtahun kelahiran Khalishah bersamaan dengan tarikh Pilihanraya Umum yang ke-13..Wah2x..senang je nak ingat bila tarikh mengundi kan?
hehehe...
 
Sebenarnya ni adalah kali pertama mummy mengundi...(malu)..APA???? Dah tua bangka baru kali pertama kali mengundi? hihihihi...Sebenarnya ada reason yang kukuh kenapa mummy tak pergi mengundi PRU yang lepas2...
 
Begini ceritanya...
Di zaman kegemilangan mummy di university dulu...(perasan) mummy telah pun mendaftar sebagai pengundi setelah umur mummy menjangkau 21 tahun...Tetapi, tukang daftar di pejabat pos tempat mummy study tu telah tersilap menulis no ic mummy. Mummy dah bagitau bahawa no ic tersebut salah dan kerani pejabat pos tu berjanji akan membetulkannya di dalam sistem. Malangnya, hampir PRU 11, bila semak mummy tidak derdaftar.
 
PRU ke 12, nape tak undi? Setelah kejadian pertama tu, mummy mmg tidak mendaftar sebagai pengundi tambahan pula bik aida masa tu kahwin...Teman sepermainan semasa kecil, rakan sepejabat dan yang paling utama adalah jiran terdekat...So, dijadikanlah alasan kenapa tak pergi mengundi...Dan pada ketika tu, semangat dalam politik belum pun ada....
 
Kali ni, semangat begitu berkobar2...tambahan pula sekarang ni isu politik adalah satu isu yang memang hangat di Malaysia seiring dengan perkembangan rakyat Malaysia yang cerdik dan bijak pandai....PRU kali ni, semua pengundi kena calit dengan dakwat kekal pada jari telunjuk kiri. tapi mummy lupa pulak nak ambik gambar... yang ada ni ha...yang dah luntur dek rajin membasuh pinggan mangkuk. :)
 

 
 
 
Mummy pergi sebelah petang selepas zohor sebab tak beratur panjang. Tak larat berdiri lama2...Masa datang tu tak payah beratur sebab mummy je yang ada...takde orang di saluran 3...wahh! tak sampai 5 minit pun.....
 
 
Kisah Hari jadi Khalishah pulak:
 
Selepas ayah mengundi di Melaka, ayah terus pecut laju balik ke Sabak Bernam...singgah di Kuala Selangor beli kek Secret Recipe (almaklumlah, kat sabak bernam ni belum ada)...

Sampai rumah, terus je majlis kecil-kecilan diadakan. Sape yang ada?

1. Ayah
2. Mummy
3. Embah Tok
4. Embah Nek
5. Bibik Dayah
6. Paman Mamong
7. Husna
8. Birthday Girl

Paman Emi - Pergi mengundi tak balik2.
Bibik Ekin - Tak balik kg, sebab sibuk bersiap2 untuk pindah ke KL. Dapat tempat kerja baru. Tak perlu dah paman mamong ulang-alik KL-Melaka setiap minggu.

Jom layan gambar....

 



Banyak lagi gambar, tapi tak sesuai upload di sini.. Aurat!
Hihi....

"Happy Birthday sayang...
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Semoga menjadi anak yang taat.

Mmmuuaahhhh!!!!  ♥♥♥♥"

☺Ada sambungan cerita lagi ☺

 
 
 
 
 
 
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aikkk? Selera sape ni?

1 Mei 2013 - Hari Pekerja,

Jadi, semalam mummy n ayah cuti! Tak pergi bercuti mana-mana cuma menemani embah nek pergi Sg Besar beli barang keperluan dan barang keinginan.. :)

Bila tengah hari menjelma, maka perut pun mulalah berkeroncong...
Berikut adalah dialog yang berlaku di dalam kereta:

Ayah : Nak makan kat mana ye?
Mummy : Mmmm...mana-mana jelah.
Ayah : Ok, kita makan kat NIFA jelah.
Mummy : Ok.

Tiba-tiba Khalishah mencelah,

Khalishah : Mummy, kan mummy nak makan PIZZA!

Mummy pandang ayah, ayah pandang mummy dan tersenyum.

Khalishah : Ayah! Ayah! Mummy nak makan PIZZA!
Mummy : Aikk??? Bila masa pulak mummy cakap nak makan pizza?
Khalishah : Mummy kan cakap malam tadi nak makan PIZZA...
Mummy : ???

Lalu, ayah pun terpaksalah berpatah balik ke kedai PIZZA sbb tadi mmg parking kereta berdekatan kedai pizza...

Bukan main excited lagi budak kecik ni...

Aikk??? Selera sape ni?




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Merajuk Yang Menjadi2

Owhh...
Khalishah sekarang mmg senang sangat merajuk...mummy tak boleh tegur sikit, mulalah dia kata mummy ni asyik marah saje. Dah mula buat muka seposen....Bukan main lagi susah nak pujuk...

Mummy ada teknik untuk pujuk si manja mummy ni:

Cara 1 : Panggil nama, cakap elok2....pujuk jgn nangis lagi...

kalau tak jadi?

Cara 2 : Peluk dia, cium, cakap elok2....bercerita tentang sesuatu yang dia suka....

biasanye yang ni mujarab...

kalau tak jadi jugak?

Cara 3: Biarkan saje....mummy malas nak layan... boleh gitu ?

(biasanya mmg tak sampai hati)


*Bila budak comel ni tido, mulalah rasa simpati. :(


***
Aduhai....sakit kepala mummy ni makin menjadi2...sentiasa rasa berat kepala....
Kadang2 rasa macam berbintang2...Owh....
***

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari gosok gigi

Peralatan untuk Khalishah gosok gigi...Cara nk menarik perhatian Khalishah adalah dgn nyanyikan lagu bangun pagi gosok gigi...Air untuk berkumur perlu menggunakan air rx water. Kalau tertelan pun takpe.
Published with Blogger-droid v1.7.2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini dalam sejarah

Hari ini dalam sejarah untuk hari semalam (19 Jun 2011).

Selain daripada Hari Bapa, semalam juga merupakan Hari Tidak Marah-Marah Khalishah...Ye, mummy dan ayah telah membuat keputusan untuk tidak marah2 Khalishah (cubaan untuk 1 hari)...Kesian anak mummy...Kami telah membuat kajian bahawa jika anak dilayan dengan baik atau diberi perhatian, anak juga akan memberi tindak balas yang baik dengan ibu bapa...Cubalah!

Tapi, banyak juga karenahnya...Samsung SL mummy yang sedang 'charging' telah jatuh berderai selepas ditarik oleh Khalishah. Nasib baik boleh berfungsi lagi...Kerusi kuning kecil ditunggang Khalishah umpama kuda lalu tersungkur di bendul dapur...tak sempat mummy nak selamatkan walaupun tinggal beberapa tapak lagi untuk sampai...Semua itu perlu mummy hadapi dengan penuh sabar tanpa marah2.... :)

Bangun je dari tidur petang, Khalishah merengek mintak kuih..."Nak kuih pau!" berulang kali Khalishah mintak..mana nak cari kuih pau maghrib2 ni? Akhirnya biskut Cream Cracker bergula dapat dijadikan pengganti...Tak cukup lagi..."Nak kuih, nak kuih"...Mana ada kuih..Nasi tak nak..mummy hulur 'cikedis' (tak galakkan pon)...tak nak juge.."Tak nak la...tak sedap!" Khalishah menolak 'cikedis' yang diberi sambil geleng2 kepala.

Itu cerita semalam...

Hari ni punye cerita:
Hari ni 20 Jun 2011 genaplah 6 tahun mummy berkhidmat di politeknik...Penuh dengan kemanisan dan kepahitan yang mummy dah lalui di sini...Ayah juga dah 6 tahun berkhidmat cuma lebih awal lapor diri daripada mummy iaitu 6 Jun 2005...

Hari ini juga Pak Long (Abg sulung ayah) telah dihantar ke Rumah Ehsan, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kuala Kubu Bharu setelah terlantar sakit hampir 2 tahun di bawah jagaan atuk...Alhamdulillah, diharap Pak Long dapat dijaga dengan rapi di situ...

Hari ini juga, mummy mendapat sms daripada Wak Com yang menyatakan dia muntah2 daripada subuh semalam (19 Jun 2011) hingga ke pagi tadi...Perkara serupa ini juga pernah berlaku sejak minggu lepas lagi...

**********************************************************************************


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khalishah's collection




Hari ni mummy nak cerita pasal koleksi kasut2 Khalishah dr 0 bulan - 2 tahun....


Tgk...bukan main suka lagi bergambar dgn sebahagian drpd koleksinya..








Foto 1 : Koleksi 1, 2 dan 3

Dari kiri : Present dari Aunty Fiza (Fiffy), abg afiq (crocs) dan mummy (royal baby)




Foto 2: Koleksi 4



sponsored by : ayah
brand : nike
shop : al-ikhsan, Mahkota Parade
note : kasut pertama selepas boleh berjalan




Foto 3: Koleksi 5




sponsored by : mbah nek
brand : otromen
shop : kedai leng seng, parit baru
note : untuk dipakai dalam rumah...disebabkan suka sgt pakai selipar mbah tok dalam rumah.




Foto 4: Koleksi 6




sponsored by : mbah tok
brand : spiderman
shop : kedai parit baru
note : untuk dipakai di sekitar rumah / jln2 naik motor dgn mbah tok




Foto 5: Koleksi 7


sponsored by : ayah
brand : NYC
shop : Ipoh Parade, Ipoh
note : beli masa mummy kursus kat PUO



Foto 6: Koleksi 8



sponsored by : mummy
brand : baby kiko
shop : Jusco, Melaka
note : hasil seni Khalishah atas kasut





Foto 7: Koleksi 9



sponsored by : mummy n ayah
brand : baby bubbles (bata)
shop : Bata, Alamanda
Note : Yang ni adalah kasut terkini buat masa sekarang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 Tahun Sudah

Semalam genap umur Khalishah 2 Tahun...Happy Birthday Khalishah! Semoga anak mummy dan ayah ni akan jadi anak yang baik dan taat...Semoga sentiasa sihat, cerdik dan ceria selalu...

Dan buat pertama kalinye, mummy menjemput rakan2 dan family mummy untuk menjenguk blog ini....(yang dah lama terperam takde sape yang baca)...



Mummy bersyukur sebab dapat menyusukan Khalishah sehingga umur 2 tahun..



(tgh pikir macamana nak cerai susu)



Comel kan kek ni?





Cerianya....tak macam tahun lepas....menangis sebab mengantuk...






Khalishah dapat apa tahun ni?



1. Gaun + cardigan - dari kak mia



2. RM10 - Bik Dayah



3. RM10 - Paman Among



4. RM20 - Mbah tok




5. Swimming pool - Auntie dila


6. Dua pasang baju tidur - mbah nek




Mummy dan ayah bagi apa? Hehehe....tunggu....
______________________________________________


sepasang sandal nike pink...


















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MakeOver

Hahaha..lupe pulak nak cerita...

2 minggu lepas g 1 Utama...mummy beli barangan makeup Maybelline...

Dengan pembelian RM50 ke atas, dapatlah MakeOver dan satu sesi penggambaran percuma...ishk! tak naklah mummy...

"Takpe, bagi anak u pon boleh.." kata salesgirl maybeline. Baru je sapu bedak kat muka Khalishah, terus je Khalishah cabut lari....hahaha...takpelah, tanpa mekap pon dah comel...

Tak sangka pulak mummy, Khalishah nak berposing depan kamera...


Nilah hasilnye....




Kenapa cover Remaja? Dah memang khas untuk remaja..nasib baik bukan mummy yang ambik gambar...Kalau tak perasan remaja... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudah pandai posing

Tahniah untuk anak mummy sebab dah pandai posing depan kamera...bukan main suka lagi...sambil pegang bear (yang dirembat daripada Qaisara anak auntie fiza) dan bunga comel (kepunyaan bik dayah yang mummy curik dari bilik bik dayah), Khalishah berposing dengan sweetnya...kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas laa...(tak boleh duduk diam, berjalan ke sana sini..siap takut pulak dengan uncle tukang gambar)..Mummy tak dapat nak upload gambar sebab kena scan dulu..bab ni lah yang mummy paaaling malas...sebab takde benda tu kat depan mata..nantilah, tunggu ayah buat...hahaha...

Lupa lak...ambik gambar ni adalah untuk Pertandingan Q-Baby Billion...
Turut serta ambil bahagian : Qaisara (anak auntie fiza) dan Najwa (anak auntie Yati sa'adah).
--------------------------------------------------------------------------------------------
Yeah! Mummy dah berjaya merajinkan diri untuk scan...
Foto 1 : Gambar ni yang mummy n ayah pilih untuk pertandingan tu....


Foto 2 : Sweet kan gambar ni?


-------------------------------------------------------------------------------------------------



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS