Hari ini dalam sejarah untuk hari semalam (19 Jun 2011).
Selain daripada Hari Bapa, semalam juga merupakan Hari Tidak Marah-Marah Khalishah...Ye, mummy dan ayah telah membuat keputusan untuk tidak marah2 Khalishah (cubaan untuk 1 hari)...Kesian anak mummy...Kami telah membuat kajian bahawa jika anak dilayan dengan baik atau diberi perhatian, anak juga akan memberi tindak balas yang baik dengan ibu bapa...Cubalah!
Tapi, banyak juga karenahnya...Samsung SL mummy yang sedang 'charging' telah jatuh berderai selepas ditarik oleh Khalishah. Nasib baik boleh berfungsi lagi...Kerusi kuning kecil ditunggang Khalishah umpama kuda lalu tersungkur di bendul dapur...tak sempat mummy nak selamatkan walaupun tinggal beberapa tapak lagi untuk sampai...Semua itu perlu mummy hadapi dengan penuh sabar tanpa marah2.... :)
Bangun je dari tidur petang, Khalishah merengek mintak kuih..."Nak kuih pau!" berulang kali Khalishah mintak..mana nak cari kuih pau maghrib2 ni? Akhirnya biskut Cream Cracker bergula dapat dijadikan pengganti...Tak cukup lagi..."Nak kuih, nak kuih"...Mana ada kuih..Nasi tak nak..mummy hulur 'cikedis' (tak galakkan pon)...tak nak juge.."Tak nak la...tak sedap!" Khalishah menolak 'cikedis' yang diberi sambil geleng2 kepala.
Itu cerita semalam...
Hari ni punye cerita:
Hari ni 20 Jun 2011 genaplah 6 tahun mummy berkhidmat di politeknik...Penuh dengan kemanisan dan kepahitan yang mummy dah lalui di sini...Ayah juga dah 6 tahun berkhidmat cuma lebih awal lapor diri daripada mummy iaitu 6 Jun 2005...
Hari ini juga Pak Long (Abg sulung ayah) telah dihantar ke Rumah Ehsan, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kuala Kubu Bharu setelah terlantar sakit hampir 2 tahun di bawah jagaan atuk...Alhamdulillah, diharap Pak Long dapat dijaga dengan rapi di situ...
Hari ini juga, mummy mendapat sms daripada Wak Com yang menyatakan dia muntah2 daripada subuh semalam (19 Jun 2011) hingga ke pagi tadi...Perkara serupa ini juga pernah berlaku sejak minggu lepas lagi...
**********************************************************************************






0 komen:
Post a Comment