Rindu..
Terasa rindu pulak dgn WNH...Khalishah sempat jugak naik dlm tempoh 1 thn 5 bln sblm bertukar tuan.
Bnyk jasa yg dah WNH taburkan...dan tak bnyk ragamnye.... Dan dah berkhidmat pd mummy selama 5 tahun. Owh...mmg rindu...
Sept 2005 - dikeluarkan dr perodua bdr baru bangi. Dan dibawa pulang ke kg oleh wak com. Dgn down payment hy rm400.
Bbrp mnggu pakai - bergesel pulak dgn 'bontot' saga seorg lelaki yg bongkak. (bukan salah mummy).
Bbrp bulan kmdn - langgar besi atas jln raya. Habis bumper blkg belah kiri renggang ke bwh.
Lagi dan lagi - ada org lggr lari. WNH dlm parking. Habis kemek sisi kiri belah blkg. Nasib baik kwn paman mamong boleh betulkan.
Bibik dayah langgar divider di traffic light sbk...melecet belah kiri jugak...
Mummy pun langgar divider di tmpt parking politeknik...juga belah kiri...dah bergerigi di skirting...nasib baik kt belah bwh...
Ayah undur masa kenduri uncle nasa...tak perasan jalan tu tinggi...habis bengkok ekzos...
Ayah turun parking kt jusco...tak nmpk tgh2 tu ada divider semasa membelok...huhuhu...rabak le sikit...nasib baik juge belah bwh...
Spnjg tempoh jagaan mummy ada 3 saman kena...tapi semuanya bukan mummy yg bwk....huhuhu...
Okt 2010 - bertukar tuan ke bibik dyh...dan MBE kembali ke tgn ayah stlh bnyk kali bertukar tuan....dan selamat dtg kpd WUM....
Published with Blogger-droid v1.7.2
Read User's Comments0
hasil nukilan saya
,,v,mjmcncnxhhncbxhjuloxlkm,,lk , ffggffghhjk
59
NOTE : Telah ditaip oleh Khalishah dgn kelajuan yang amat pantas...hehehe...
yahoo!
Mummy tidak sangka dlm usia 30 tahun ni mummy masih lg menceburkan dlm bidang seni...(chewah!) bidang yang dah lama mummy tinggalkan sejak di bangku universiti lg...
Group mummy menang chorul speaking tadi dgn merangkul 2 hamper untuk Johan dan costume terbaik. Serta 1 goodie bag utk best conductor (bonda ainie)...tahniah!
Dan...esok...bakat lakonan yg sememangnye dah terkubur perlu dicungkil dan digilap sehingga berkilat..hahaha...boleh ke?
Published with Blogger-droid v1.7.2
Mari gosok gigi
Peralatan untuk Khalishah gosok gigi...Cara nk menarik perhatian Khalishah adalah dgn nyanyikan lagu bangun pagi gosok gigi...Air untuk berkumur perlu menggunakan air rx water. Kalau tertelan pun takpe.
Published with Blogger-droid v1.7.2
Hari ini dalam sejarah
Hari ini dalam sejarah untuk hari semalam (19 Jun 2011).
Selain daripada Hari Bapa, semalam juga merupakan Hari Tidak Marah-Marah Khalishah...Ye, mummy dan ayah telah membuat keputusan untuk tidak marah2 Khalishah (cubaan untuk 1 hari)...Kesian anak mummy...Kami telah membuat kajian bahawa jika anak dilayan dengan baik atau diberi perhatian, anak juga akan memberi tindak balas yang baik dengan ibu bapa...Cubalah!
Tapi, banyak juga karenahnya...Samsung SL mummy yang sedang 'charging' telah jatuh berderai selepas ditarik oleh Khalishah. Nasib baik boleh berfungsi lagi...Kerusi kuning kecil ditunggang Khalishah umpama kuda lalu tersungkur di bendul dapur...tak sempat mummy nak selamatkan walaupun tinggal beberapa tapak lagi untuk sampai...Semua itu perlu mummy hadapi dengan penuh sabar tanpa marah2.... :)
Bangun je dari tidur petang, Khalishah merengek mintak kuih..."Nak kuih pau!" berulang kali Khalishah mintak..mana nak cari kuih pau maghrib2 ni? Akhirnya biskut Cream Cracker bergula dapat dijadikan pengganti...Tak cukup lagi..."Nak kuih, nak kuih"...Mana ada kuih..Nasi tak nak..mummy hulur 'cikedis' (tak galakkan pon)...tak nak juge.."Tak nak la...tak sedap!" Khalishah menolak 'cikedis' yang diberi sambil geleng2 kepala.
Itu cerita semalam...
Hari ni punye cerita:
Hari ni 20 Jun 2011 genaplah 6 tahun mummy berkhidmat di politeknik...Penuh dengan kemanisan dan kepahitan yang mummy dah lalui di sini...Ayah juga dah 6 tahun berkhidmat cuma lebih awal lapor diri daripada mummy iaitu 6 Jun 2005...
Hari ini juga Pak Long (Abg sulung ayah) telah dihantar ke Rumah Ehsan, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kuala Kubu Bharu setelah terlantar sakit hampir 2 tahun di bawah jagaan atuk...Alhamdulillah, diharap Pak Long dapat dijaga dengan rapi di situ...
Hari ini juga, mummy mendapat sms daripada Wak Com yang menyatakan dia muntah2 daripada subuh semalam (19 Jun 2011) hingga ke pagi tadi...Perkara serupa ini juga pernah berlaku sejak minggu lepas lagi...
**********************************************************************************
Happy Father's Day!
Tahun ni adalah kali ke-3 (2009, 2010 dan 2011) ayah menyambut Hari Bapa....Jadi, mummy nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayah. Tidak dilupakan juga kepada mbah tok dan atuk...Semoga semuanya dipanjangkan umur dan sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah...Tidak ketinggalan juga kepada semua bapa2 di luar sana...
Pengorbanan bapa tidak dapat dibayar dengan wang ringgit, juga seperti pengorbanan ibu. Kalau mummy nak senaraikan pengorbanan mbah tok dan atuk membesarkan anak-anaknya, memang terlalu banyak...Begitu juga dengan ayah..walaupun baru 2 tahun bergelar ayah, banyak pengorbanan yang telah dilakukan kepada mummy dan juga Khalishah... :)
Di kesempatan ini juga (macam hari raya pulak), mummy doakan agar mok teh dan pok teh, bonda ainie, auntie leen, auntie rossa dan auntie yati dikurniakan cahaya mata dan dapat menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa bersama mummy dan ayah pada tahun depan.... aminn....
Aku seperti model?
Khalishah seperti model atau mummy seperti model? Oh, sudah tentu tidak...jauh sama sekali apatah lagi mummy yang bertubuh 'comel' macam ni...
Mummy nak bercerita sedikit mengenai adab sopan segelintir masyarakat kita sewaktu bercakap sesama manusia... Entri ini mummy tulis adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mummy selama ni...dan diharap dapat dijadikan panduan kepada anak mummy dan pembaca di luar sana... :)
Kurus VS gemuk...mesti anda semua dapat membezakannya bukan?
Ya, sudah tentu anda semua tahu dan tak perlu merujuk Kamus Dewan atau yang sewaktu dengannya...
Biasanya, manusia yang perasan tubuh badannya seperti model akan berkata begini sekiranya :
a) kita bertubuh kurus
i. "dah le kurus"
ii. "kurus sgt la ko ni, tak cantik!"
iii. "kesian...dah le kurus kering.."
iv. "cengkung la ko ni"
v. "ringannye...tak makan ke?"
b) kita bertubuh gemuk
i." ishk...apasal le ko gemuk sgt?"
ii. "mesti ko makan lebih daripada 1 pinggan kan?"
iii." debabnye....."
iv. "dah le gedempol.."
v. "senget keta aku ko naik"
dialog2 di atas adalah sebahagian sahaja..mungkin ada yang lebih teruk.. Jagalah percakapan kita agar tidak mengecilkan atau melukakan hati orang lain...banyak lagi perkataan yg indah2 untuk dilontarkan atau lebih baik kita berdiam diri...
Ingatlah wahai anakku dan pembaca sekalian, jangan anggap semua org suka dgn percakapan kita...kerana mulut badan binasa....lebih elok sebelum bercakap itu ini, kaji dulu ketinggian dan berat badan org tu...sesuai tak berat badan dengan ketinggian yang dia ada...baru betul...
Fikir2kan dan renung2kan...selamat beramal!
2 hari, 2 stroller
6/15/2011 |
Kategori:
accesories
Memang penat kalau bawak Khalishah ke shopping complex. Mungkin Khalishah anggap shopping complex adalah 'playground'...Berlari ke sana sini di celah2 baju...Mummy dan ayah dah tak larat nak 'racing' dalam shopping complex sambil menjerit dengan 'volume' yang agak kuat...(masa ni dah tak rasa malu)..mungkin ibu2 dan bapa2 di luar sana pernah mengalami situasi ini...dan mungkin disebabkan tu mummy ni sentiasa slim...kuikuikui...terima kasih Khalishah sebab bagi exercise free kat mummy, tak payah bersusah payah main badminton tiap2 hari macam ayah. :P
Kenapa 2 hari 2 stroller?
Hari Pertama:
Disebabkan tak larat nak mengejar, maka terpaksalah mummy dan ayah beli sebuah stroller kat SOGO..(sebab masa tu adegan kejar-mengejar berlaku kat SOGO). Khalishah dapat duduk dalam stoller tu ada lah lebih dari 2 jam...dan ayah dapati tayar stroller tu 'gelong'...lalu ayah pulangkan balik. Tapi, stok dah habis. Salesman bagi 2 'choice' sama ada nak 'refund' duit atau pun tukar dengan jenis yang lain...Mummy dan ayah dah penat...penat berjalan + penat mengejar Khalishah...baju kerja ayah yang dicari tak dapat lagi...lalu kami ambik keputusan untuk ambik balik duit...
Hari Kedua:
Dengan menggunakan duit yang dipulangkan semalam, ayah telah beli stroller yang lain...brand yang lain tapi warna yang sama...dah tentu warna kegemaran mummy --> merah dan hargayang agak berbeza sedikit. Dan stroller tu telah dibeli di JUSCO Cheras Selatan, berdekatan dengan rumah Wak Bad.
Tapi, adakah berbaloi beli stroller? Masa baby dulu takde stroller ke?
Untuk soalan yang pertama :
ada masanya berbaloi, ketika Khalishah tidur.
dan ada masanye rasa tak berbaloi, ketika Khalishah tak tidur dan mintak untuk turun dan berulanglah semula sesi kejar mengejar...
Untuk soalan yang kedua :
Ada, tapi sudah tidak sesuai dengan umur Khalishah sekarang.
Kaki sudah terjulur keluar dan tidak selesa ketika tidur.
Dan, yang mummy rasa cair untuk beli stroller ni sebab, kesian tgk Khalishah hari2 belek katalog SOGO yang ada stroller...tidur dgn katalog, naik basikal letak katalog dalam bakul, hari2 cakap dengan semua org dalam rumah, "troli antik ke?" (maksudnye cantik tak stroller ni?)...mungkin Khalishah rasa jeles tgk baby lain ade stroller.. iye ke?
Baca Doa Makan (Full Version)
Alhamdulillah, Khalishah dah boleh baca doa makan sepenuhnya (walaupun pelat)...
Doa naik kenderaan masih dalam proses, boleh sambung sikit2 bila mummy/ayah baca.
Mummy ada record video Khalishah baca doa, tapi agak tidak clear suaranye sebab dirakam dalam kereta. Bila mummy nak rakam balik, mula lah buat2 tak nak baca...Huh! Tunggu ye, nanti mummy upload kalau dapat yang terbaek!
Melaka di Hatiku (Part 2)
Setelah 3 hari bercuti di Melaka, mummy dan ayah kembali bekerja...Tak sempat nak pegi jalan lama2 sebab sibuk buat persiapan kenduri arwah nenek (mak kepada ayah)...Kebetulan masa tu banyak event yang ada kat Melaka cthnye Karnival Sungai Melaka dan PC Fair...semua tu tak penting, asalkan kenduri yang telah dirancang berjalan dengan lancar...
Tapi, sempat jugak mummy dan ayah bawak Khalishah tgk Kapa Uncu Kung Fu Panda 3D kat JUSCO baru...1st time ni Khalishah masuk tgk wayang...xcited sungguh...tambahan pulak kena pakai glasses...glasses tu takde saiz kecik, jadi ayah selitkan tangkai glasses tu kat celah-celah cekak rambut Khalishah...
Di awal tayangan...
hi hi hi hi he he he he kih kih kih...Khalishah terkekek2...apa taknye 1st time tgk tv 'becar'...
Seronok bukan main, sebab boleh tengok semua objek macam kat depan mata dan macam boleh disentuh...
Di pertengahan tayangan...
Adegan perang-perang...
sob sob sob sob sob....
takuuuut....mummy....sob sob sob...takut bom kena kat Khalishah kot..hehehe...
Mummy dan ayah pujuk2...
takut pulak melalak kat dalam tu...
*
*
mood kembali stabil...
*
*
Adegan mak si Panda tinggalkan Panda dalam bakul lobak...
sob sob sob sob sob....
Khalishah teresak2 menahan sedih...
sob sob sob sob....
lama la jugak Khalishah berada dalam keadaan emo...
mesti Khalishah 'letakkan diri Khalishah dalam kasut Panda' tu kan?
Hmm...
Boleh tahan jugak anak mummy ni...ikut sape agaknye?
gambar 'Kapa Uncu' takde...
**Stokin kelabu tu baru je dibeli kat Sox World sebelum masuk tgk 'Kapa Uncu'**
Snap foto Khalishah dalam panggung...
Subscribe to:
Posts (Atom)












