24 Jun 2010
9 Jun 2010
Hari ini Khalishah dah nampak banyak usaha untuk berjalan. Tanpa disedari, Khalishah berjalan tanpa bantuan dan 'paksaan' daripada sesiapa pon. Mungkin kena buat tak tau je kot. Bila kita paksa2, mungkin Khalishah malas nak buat. Untuk mengimbangi badan, Khalishah berjalan dengan lajunya kemudian jatuh...hehehe...
Sekarang ni, mmg susah untuk Khalishah tidur siang. Asyik main je kejenya. Bila malam, mmg nyenyak tido. Lepas je maghrib mmg merengek jelah nak tido. Mummy tidokan dulu kat bawah dalam buaian sebab banyak keje mummy nak buat (memasak, basuh pinggan mangkuk, basuh baju, lipat baju, gosok baju dan paling penting tgk tv). Tapi ada satu masalah, bila tgh nak dodoikan Khalishah dan dalam masa yang sama keluar lagu tema TV3 / Hotel Mania...confirm Khalishah akan bangun dan duduk dalam buaian nak tgk sambil goyang2kan badan.
12 bulan
5 Mei 2010 - Ulangtahun Kelahiran Khalishah yang pertama! Petang lepas habis kerja, mummy dan ayah bawak Khalishah ke Sg Besar. Embah nek dah siapkan Khalishah dengan baju baru. Beli kek harijadi Khalishah. Hari Ibu pon dah dekat, sekali je lah...takkan nak makan kek sampai 2 kali dalam 1 minggu kot. Lagipon jimat. Hehehe... Pastu, singgah KFC beli dan take away je..sebab nak makan sama2 ngan mbah nek + mbah tok + paman mamong. On the way nak balik rumah, Khalishah dah tido dalam kereta. Sampai je rumah terus mengamuk sebab tido kena kacau. Haru biru betol. Time nak potong kek, Khalishah mengamuk lagi...Akhirnya dapatla tangkap pic yang tak cantik sebab Khalishah asyik menangis je. Mbah nek kata, seharian dia tak tido siang...Patutlah...bila maghrib, dah ngantuk. Pastu kena kaco la pulak, suruh potong kek...Sape tak mengamok!
Bulan ni Khalishah demam... Kali ke 5 Khalishah demam setakat ni dalam tempoh setahun....sian Khalishah. Bawak g klinik. MA kata takde apa2. Normal la tu. Esoknya demam Khalishah tak kebah lagi. mummy ambik EL sebab tak sampai hati nak tinggalkan Khalishah dengan mbah nek. mbah nek pon agak kurang sihat. Asyik batuk2 dan selsema.
Masa demam ni, Khalishah ada beberapa kali bertatih. seronoknye mummy...Tapi, macam biasa...Khalishah lebih suka merangkak.mmmmmm.......takpelah ye..sikit2.
Minggu depannya, mummy bawak Khalishah ke klinik untuk checkup 1 tahun dan untuk inject. Mummy mintak tangguh inject sebab Khalishah 'berak2'sejak semalamnya. Kesian pulak. Masa timbang berat, Khalishah dah tak perlu baring lagi macam baby dulu. Khalishah dah boleh berdiri kat timbang orang dewasa. Berat turun 1 kg daripada sebelumnya. Kesian Khalishah...mungkin sebab lepas baik demam dan 'berak2'... Nurse suruh berdiri untuk ukur ketinggian. Tapi tak boleh, sebab Khalishah sibuk nak mencapai ganbar POOH yang dilekatkan kat dinding. Akhirnya, terpaksalah ukur dengan baringkan Khalishah kat tempat baby.
Sekarang ni pantang kalau ada dengar lagu. Habis goyang satu badan. Tak kira la masa tu
11 bulan
Pada Hari Konvokesyen Paman Mamong dan Abg Afiq, Khalishah dah mula belajar bertatih. Mula2 mummy tak sedar yang Khalishah tiba2 berdiri sambil berpaut pada mummy. Lepas tu, bila mummy gerak jauh sikit daripada Khalishah, Khalishah terus je bertatih menuju ke arah mummy dangan tersengih je. Memang seronok. Ayah masa ni takde, sebab balik ke Melaka antar atuk pergi buat medical check-up.
Sekejap je...pastu dah malas nak berlatih jalan lagi. Suka lembik2kan kaki tak nak berdiri bila mummy suruh berdiri. Lebih suka merangkak laju2. Paling disukai adalah menuju ke dapur. Bukak laci kabinet, keluarkan semua sudip2 yang ada. Pisau semuanya tak boleh letak di bahagian bawah. Bahaya!
9 bulan
Khalishah dah berumur 9 bulan. Tapi belum boleh merangkak lagi. Asyik mengesot je. Risau pulak mummy. Orang lain sibuk je nak tanya2. Perkembangan baby kan berbeza2. Khalishah memang tak merangkak dulu. Tapi terus berdiri dan memanjat tangga. Memang tak boleh tinggal sorang2. Confirm tangga jugak yang dituju. Lepas tu, tumbuh gigi atas 2 batang.
Ada satu hari tu, mummy bawak Khalishah pergi klinik untuk checkup bulanan. Nurse pertikai kenapa Khalishah belum boleh duduk dengan stabil sedangkan umur dah cecah 9 bulan. Rasa berbuku gak dalam hati ni. Tapi alhamdulillah, esoknya Khalishah dah boleh duduk dengan stabil. Hmm...memang perkembangan baby ni berbeza2. Masa ni Khalishah dah boleh lambai tangan, tepuk amai2 sedangkan ada baby yang sebaya ngan Khalishah belum lagi tau untuk untuk buat benda2 ni. Apa nak dihairankan kan? Manusia dewasa pun berbeza2 perangainya.
Dah tau semua skill2 yang disebutkan tadi, akhirnya Khalishah merangkak juga. Mula2 slow je...lama2 memang laju. boleh main kejar2 lagi.





