5 Mei 2010 - Ulangtahun Kelahiran Khalishah yang pertama! Petang lepas habis kerja, mummy dan ayah bawak Khalishah ke Sg Besar. Embah nek dah siapkan Khalishah dengan baju baru. Beli kek harijadi Khalishah. Hari Ibu pon dah dekat, sekali je lah...takkan nak makan kek sampai 2 kali dalam 1 minggu kot. Lagipon jimat. Hehehe... Pastu, singgah KFC beli dan take away je..sebab nak makan sama2 ngan mbah nek + mbah tok + paman mamong. On the way nak balik rumah, Khalishah dah tido dalam kereta. Sampai je rumah terus mengamuk sebab tido kena kacau. Haru biru betol. Time nak potong kek, Khalishah mengamuk lagi...Akhirnya dapatla tangkap pic yang tak cantik sebab Khalishah asyik menangis je. Mbah nek kata, seharian dia tak tido siang...Patutlah...bila maghrib, dah ngantuk. Pastu kena kaco la pulak, suruh potong kek...Sape tak mengamok!
Bulan ni Khalishah demam... Kali ke 5 Khalishah demam setakat ni dalam tempoh setahun....sian Khalishah. Bawak g klinik. MA kata takde apa2. Normal la tu. Esoknya demam Khalishah tak kebah lagi. mummy ambik EL sebab tak sampai hati nak tinggalkan Khalishah dengan mbah nek. mbah nek pon agak kurang sihat. Asyik batuk2 dan selsema.
Masa demam ni, Khalishah ada beberapa kali bertatih. seronoknye mummy...Tapi, macam biasa...Khalishah lebih suka merangkak.mmmmmm.......takpelah ye..sikit2.
Minggu depannya, mummy bawak Khalishah ke klinik untuk checkup 1 tahun dan untuk inject. Mummy mintak tangguh inject sebab Khalishah 'berak2'sejak semalamnya. Kesian pulak. Masa timbang berat, Khalishah dah tak perlu baring lagi macam baby dulu. Khalishah dah boleh berdiri kat timbang orang dewasa. Berat turun 1 kg daripada sebelumnya. Kesian Khalishah...mungkin sebab lepas baik demam dan 'berak2'... Nurse suruh berdiri untuk ukur ketinggian. Tapi tak boleh, sebab Khalishah sibuk nak mencapai ganbar POOH yang dilekatkan kat dinding. Akhirnya, terpaksalah ukur dengan baringkan Khalishah kat tempat baby.
Sekarang ni pantang kalau ada dengar lagu. Habis goyang satu badan. Tak kira la masa tu
12 bulan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 komen:
Post a Comment