Raya! Raya!
Sangat Letih
Minggu ini adalah minggu letih...
Walaupun semalam cuti Nuzul Quran, tapi rasa letih juga sbb pergi shopping..
Tak shopping pon...tapi mengejar Khalishah ke sana-sini...dapat satu je baju kurung mummy...tu pun main rembat je..tak sempat fikir panjang...
Saat itu, terbayang alangkah bagusnya kalau ayah ada....dan alangkah bagusnya kalau waktu itu boleh minum air yang baru dikeluarkan dari peti ais....mmg mencabar....
Hari ini, letih lagi...kelas direct dari pagi selama 4 jam...naik turun mengangkut lapto dan projektor...
Tertinggal pulak 'xtension'...lagi le tensen...naik turun lagi....tekak pulak, tak tau lah pulak kenapa hari ni terlalu kering kontang....aduhai..mmg mencabar minda..terasa seperti nak cancel kelas je...tapi apa boleh buat..itu kan dah tanggunggjawab...
Sabtu ni mummy nak meneruskan misi shopping baju raya lagi yang terbantut semalam....tapi esok mummy tak nak bwk Khalishah....hehehehe....
Stress lagi!
Cuba bayangkan.....dengan tugas sebagai pensyarah untuk prepare ke kuliah dengan 2 subjek baru + tugas sampingan yang tak abis2, mummy dan rakan2 yang lain perlu menggubal soalan sebanyak 2 set...iaitu 40 soalan objektif dan 2 soalan subjektif untuk 2 set (bersamaan 80 soalan objektif dan 4 soalan subjektif) beserta skema jawapan....soalan yang mummy kena gubal ni adalah subjek programming di mana agak sukar untuk gubal dalam bentuk objektif...Mummy terpaksa mengetepikan tugas2 di rumah, Alhamdulillah ayah banyak bantu mummy jaga Khalishah (mandi+beri makan+tukar lampin+bwk jln2 dll) sewaktu ayah berada di rumah (weekend je), semata-mata untuk siapkan soalan ni...TQ ayah...
SALAM RAMADHAN
Serabut....
Sejak dua menjak ni, kepala mummy amat serabut....
kerja tak semakin berkurang...tapi makin membukit...tak putus2...
buat yang ni, teringat yang tu, buat yang tu teringat yang ni pulak...
aduhai...serabut2x...
Khalishah ni pulak lepas je demam minggu lepas, banyak le kerenah baru...
pantang nampak laptop, mesti nak tgk video dalam youtube...video yang ada gambar swimming pool
dan video baby main ball...bukan cukup satu...tak abis video tu abis, mulut comel ni mintak pulak nak
tengok yang lain...huhuhu...mmg laptop tu Khalishah yang punya! Tak dapat mummy nak siapkan kerja
yang berlambak2 ni...
Persiapan raya? Selai baju pun takde lagi...kuih raya? adalah 2 jenis dah order ngan aunty Leen...
Duit raya? Mana nak tukar, gaji pun masuk 25hb...(kalau tak silap)...kasut raya? pakai je mana yang ada..





