Minggu ni adalah minggu audit dalaman di tempat mummy bekerja..
Mummy adalah salah seorang auditor yang ditugaskan untuk mengaudit jabatan dan unit lain...
cuak gak nak audit org ni...nasib baik buat dalam team...
Sebenarnya mummy dulu agak lama jugak berkecimpung dalam bidang kualiti/ISO ni sejak mummy
mula bekerja kat sini...tapi, sejak tahun lepas mummy macam dah rasa penat...so, mintak quit daripada unit ni..hehehe.cuba la pulak portfolio baru...
Apa itu audit? Audit ni bukanlah untuk mencari kelemahan dan kesalahan orang lain...
Tapi membuat semakan dan teguran untuk penambahbaikan atas apa yang tidak dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan...
alhamdulillah, part mummy dah settle...cuma report je belum buat...tapi rasanye ketua kumpulan kot kena buat..hehehe...
Pada pandangan mummy, ISO bukanlah untuk menyusahkan kerja kita...
tapi kita yang menyusahkan diri sendiri kalau tidak mengikut prosedur yang ditetapkan...
tapi kalau prosedur yang ditetapkan tu tak logik macamana pulak?
hmm...itu perlunya kajian semula dokumen dibuat untuk kemudahan bersama...hehehe...





