Khalishah dah boleh mengesot..Laju jer..semua tempat dijelajahi.Habis comot baju.Baru je mandi tapi dah tak wangi sebab lasak ke sana sini.Masa ni juga Khalishah dah boleh lambai tangan. Pantang je dengar perkataan 'BABAI' mesti nak lambai tangan. Tak kira la kat mana-mana pun. Ada satu malam tu(umur hampir 8 bulan), Khalishah jatuh tangga bersama2 ayah. Kaki ayah tergelincir. Nasib baik dah sampai anak tangga yang paling bawah.Ayah sempat pegang Khalishah daripada terhantuk ke lantai. Khalishah menangis tak berhenti2 sebab terkejut. Esok paginya pulak, Khalishah jatuh dari katil. Mummy tidur masa tu. Tiba2 je terdengar bunyi benda jatuh dan Khalishah menangis sekuat hati. Bibir Khalishah bengkak sebab terhantuk headphone ayah di tepi katil. Mummy pun ikut menangis sebab takut jadi apa2 pada Khalishah. Pagi tu jugak, mummy, ayah n mbahnek bawak pergi urut. Meraung2 Khalishah masa kena urut kat tempat yang tersalah urat. Tapi pastu ok..Balik je rumah, terus main macam takde apa2 yang berlaku sebelum ni. Bagus anak mummy dan ayah ni.
4 bulan
Umur 4 bulan, Khalishah dah boleh meniarap. Kepala pun dah boleh angkat tapi selalu la terhantuk kat lantai. Mummy letakkan Khalishah kat atas tilam bujang Paman Mamong. Tebal sket supaya tak sakit kalau kepala terhantuk. Masa ni mummy boleh lagi tinggalkan Khalishah sorang2 atas tilam sebab belum boleh bergerak ke mana-mana lagi.
3 bulan
Masuk sahaja 3 bulan, mummy terpaksa beri Khalishah susu tepung sebab Khalishah selalu menangis sebab lapar. Mula2 try susu Snow tapi muntah. Ayah try beli susu soya Isomil. Khalishah suka pulak minum. Hmm...mungkin sebab masa mummy mengandungkan Khalishah, mummy suka minum soya dan makan taufufa. Tapi Khalishah minum Isomil time mummy pergi kerja je. Bila mummy ada kat rumah, mummy tak bagi. Seronok tgk perkembangan Khalishah dari hari ke hari. Khalishah dah mula pandai menyembur2. Mbahnek kata, habislah rambut mummy gugur nanti. Khalishah suka menggeliat sampai merah2 muka. Asyik tido je siang. Tido pulak dengan muka serius-->macam ayah..hehhehe...Jangan marah ye ayah. Tapi, bila malam memang suka berjaga. Hahahaha....sampai juling2 mummy dan ayah menahan ngantuk melayan karenah Khalishah.
2 bulan
Habis je pantang mummy dan ayah bawa Khalishah balik Melaka..jumpa atuk. First time jalan jauh ni.Nasib baik Khalishah tak banyak ragam. Mungkin sejuk je rasa aircond kereta. Bila Khalishah dah masuk 2 bulan, mummy dah kena pergi kerja. Mbah nek yang jaga. Mula2 tu rasa berat je nak tinggalkan Khalishah sebab belum pernah berpisah. Khalishah masih lagi menyusu badan. Jadi, setiap hari (tengahari) mummy akan balik ke rumah. Sebab tu Khalishah tembam. Cukup khasiat.
Masa ni Khalishah boleh mengiring. Kalau menangis mummy akan nyanyi lagu Ibu...Ibu...Engkaulah ratu hatiku...Khalishah akan diam, pandang je muka mummy. Macam faham je. Setiap malam Khalishah akan ajak mummy berjaga. HUHUHUHU...tak kiralah, sama ada menangis sebab perut kembung ke, panas ke atau pun saje2 nak main. Dugaan, sebab esoknya mummy nak kena kerja. Tapi apa boleh buat, itulah pengorbanan. Bukan mummy je kena berjaga...semua yang ada dalam rumah tu akan bangun sebab risau kenapa Khalishah menangis tak berhenti. Akhirnya mbah tuk atau mbah nek jugak yang boleh tenangkan Khalishah.
1 bulan
6 Jun 2009- Majlis Kesyukuran dan Cukur Jambul diadakan untuk Khalishah. Masa ni umur Khalishah dah masuk 33 hari..Mummy pun dah sihat. Tapi, ayah pulak yang tak sihat sebab sakit mata. Aduhai...memang kena kuarantin dalam bilik. Tak dapat nak pegang Khalishah masa cukur jambul. Kesian ayah. Atuk, makcik, pakcik, pokteh,mokteh, pokcu, neksu semuanya datang masa ni. Tapi ayah tak dapat nak layan mereka. 3 minggu ayah tak pegang Khalishah yang comel ni. Tengok daripada jauh je.
Kelahiran Khalishah

5 Mei 2009 - Khalishah dilahirkan di Hospital Teluk Intan,Perak pada pukul 5.40 pagi dengan berat 3.52kg. Hmm...memang tembam Khalishah masa tu. Siap nampak lesung pipit di pipi kanan, kening yang cantik terukir dan rambut lebat macam ayah. Semuanya mirip ayah kecuali mata sepet. Mungkin ikut wak bad atau ikut belah atuk. Yang penting Khalishah dilahirkan sihat dan sempurna.
Khalishah juga dapat banyak hadiah dan duit....Terima kasih kepada yang menyumbang...Dalam gambar ni hanya sebahagian je. Yang selebihnya tak sempat nak ambik gambar. Rasa sayang je nak bukak hamper2 tu. Macam-macam ada. Tapi banyak yang bagi baju. Mummy dan ayah dah tak payah nak beli baju untuk Khalishah. Semuanye cantik-cantik.




