RSS

Kelahiran Khalishah


5 Mei 2009 - Khalishah dilahirkan di Hospital Teluk Intan,Perak pada pukul 5.40 pagi dengan berat 3.52kg. Hmm...memang tembam Khalishah masa tu. Siap nampak lesung pipit di pipi kanan, kening yang cantik terukir dan rambut lebat macam ayah. Semuanya mirip ayah kecuali mata sepet. Mungkin ikut wak bad atau ikut belah atuk. Yang penting Khalishah dilahirkan sihat dan sempurna.

Kenapa mummy dan ayah beri nama Khalishah? Khalishah bermaksud 'murni' dan diberi nama sempena nama ayah --> Khalid. Dan senang nak panggil, tak perlu panjang2.

Sebenarnya Khalishah lahir lewat 11 hari dari tarikh jangkaan iaitu 24 April 2009. Allah menguji mummy dan ayah untuk menanti kelahiran Khalishah. 7 hari mummy duduk di wad - 5 hari di Hospital Sabak Bernam dan kemudiannya terus dibawa ke Hospital Teluk Intan dengan menaiki ambulan sebab kes lewat bersalin. Selama itulah, ayah berulang-alik dari rumah untuk menjenguk mummy di hospital. Begitu juga dengan mbah nek dan mbah tuk. Wak com sekeluarga sanggup balik kg sebab nak menanti kelahiran cucu bongsu mbah tuk dan mbah nek. Wak Bad, Wak Jang, WakOng, Bik Dayah, Paman Mamong hari2 bertanya bila mummy nak bersalin.

Khalishah membawa rezeki kepada mummy dan ayah sekeluarga. Selepas beberapa hari Khalishah lahir, mummy mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Alhamdulillah.


Khalishah juga dapat banyak hadiah dan duit....Terima kasih kepada yang menyumbang...Dalam gambar ni hanya sebahagian je. Yang selebihnya tak sempat nak ambik gambar. Rasa sayang je nak bukak hamper2 tu. Macam-macam ada. Tapi banyak yang bagi baju. Mummy dan ayah dah tak payah nak beli baju untuk Khalishah. Semuanye cantik-cantik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment