RSS
Showing posts with label rezeki anak. Show all posts
Showing posts with label rezeki anak. Show all posts

Penawar duka lara

Dah lama mummy tak update tentang perkembangan diri mummy yang makin mengembang ke depan ni...
 
Buku pink + klinik dah jadi rakan baik mummy sekarang....
Selepas mummy kena detect HB Low dengan bacaan 10.1, mummy lah pengunjung setia klinik tu...
 
Cabaran minum air gula (MGTT) pulak lepas tu sebab umur dah > 30 tahun.
Kali pertama paras hidung dengan bacaan 7.6 dan kemudian kena repeat dan dapat bacaan 8.4...makin meningkat kan? Hahaha....kerana itulah mummy terus menjadi pengunjung setia klinik. Buku keluar pejabat tu memang penuh je dengan nama mummy setiap minggu.
 
Semalam, mummy kena buat ujian BSP - Blood Sugar Profile sebanyak 4 kali dalam sehari. Berikut adalah keputusannya...
 
8 am - 4.4
12 pm - 3.8 (hypo la pulak...sebab makan roti je pagi tu...pastu ada kelas sampai tghari)
5 pm - 4.4
9 pm - 5.6
 
Hari ni, mummy masih meneruskan perjuangan...
9.00 am mummy terus ke klinik sebab kena jumpa doktor...
Doktor ni muda, rasanya lebih muda daripada mummy dan yang paling penting memang baik dan memahami.
BSP kena repeat untuk 2 minggu sekali sehinggalah bersalin..huh..cabaran.
Next BSP adalah pada 15/7 ni.. Dah tentulah mummy dilarang untuk berpuasa...Huwaaaa!
Tadi ambik darah dekat lengan untuk FBC(check HB) dan separuh darah lagi adalah untuk pantau kandungan gula dalam darah. HB dah makin naik 10.7..alhamdulillah walaupun masih belum mencapai 11.0...
 
Semua ni adalah duka lara mummy untuk pregnant kali ni. Tapi, yang penting baby dalam perut mummy ni sihat...Untuk mengawal perasaan yang duka lara ni, mummy selalu berfikiran +ve. Semua ni adalah untuk kebaikan diri mummy dan baby..Sekurang-kurangnya, mummy akan jaga pemakanan mummy yang selama ni tak diambil kisah... So, Don't Be Sad mummy...
 
Penawar duka lara yang mummy nak cerita hari ni adalah....
.
.
.
.
.
.
.
Tara!!!
 
 
 
Terima kasih pada ayah kerana sudi buat suprise! Sejambak ros merah diletakkan kat dalam kereta...Masa ni mummy nak ke klinik pagi tadi...Mesti beli lepas flash kad tadi kan? Kebetulan hari ni Hari Konvokesyen kat tempat mummy kerja.. Banyak le gerai2 bunga kat dalam dan di luar pagar... Mmmmmuah!
 
 
 
 
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Coklat

Layan je lah gambar di bawah...


♥Bahan-bahan decoration♥
 


Tag kecil itu adalah hasil rekaan ayah. Apa lagi gunakanlah 'Jari Emas' ayah tu kan?
Kertas Doyley tu dibeli di Kedai 2Ply. Beli saiz paling kecil baru Rm2.++. Ada banyakkk!!!!
 

♥Hasilnye♥
 

 
Coklat bar Cadbury dibeli secara borong di Kedai Borong. Apa entah nama kedai tu.
Malam tadi sambil menonton tv, mummy buatlah kerja-kerja ni.
Selepas decoration dibuat, setiap satu coklat bar mummy masukkan ke dalam plastik untuk elakkan tag dan kertas doyley tu basah bila disimpan dalam peti sejuk.
 
Untuk siapa coklat2 ni? Mummy buat khas untuk rakan2 sepejabat mummy dan ayah.
 
Sekian...Habis cerita sempena Hari Lahir Khalishah.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syukur...

Lama sungguh tak bukak blog mummy ni...

Alhamdulillah kandungan dah masuk 16 minggu (minggu ni)....

kat bawah ni mummy ceritakan apa yang berlaku dari week 1 hingga week 16.

Week 1 - 4 : dah tentulah mummy belum tahu yang mummy ni tgh pregnant.

Week 5 : aik! nape period mummy lewat nih? tak pernah2 lewat...hmmm.....dah lewat seminggu baru  mummy buat home pregnancy test... 9/2/2013 alhamdulillah, kelihatan 2 line yang amat             ketara... (belum buat pengumuman umum lagi)

Week 6 : badan masih gagah perkasa lagi...siap balik kg lagi...jalan2 keliling melaka, makan ikan bakar etc... (confius gak, betul ke mummy mengandung ni?)

Week 7 : uik..masih ok lagi..selera makan ok...semua ok... tapi dah tak angkat benda berat2...

Week 8 : Pegi klinik...Check bagi confirm..yup! Alhamdulillah. EDD 12/10 (Kawan2 opis mula tahu Badan ok lagi, selera pon ok..tapi dah rasa sikit2 cepat penat.
Mummy mula makan ubat-ubatan yang dibekalkan klinik.....
Hari paman mamong sanding kat melaka, mummy dah mula mengalami sembelit yang amat
sgt....menangis2...aduhai..nak teran takut....tak teran rasa sakit mcm nak
beranak...huwaaaaaa! Bila google, ropenye ubat ferus yang color coklat tu
penyebabnya...mummy tak sesuai makan..

Week 9 : Loya2 sudah dtg....Tapi alhamdulillah tak muntah. Masa mengandungkan Khalishah dulu 
pon sama. Masih gagahkan diri untuk ke sana-sini uruskan kenduri paman mamong.

Week 10 : Ya, gagahkan diri lagi..walaupun asyik baring menahan loya....minyak cap kapak menjadi
peneman.

Week 11 : Kenduri paman mamong....cuba gagahkan diri mana yang termampu. Buat kerja
sekadarnya...Alhamdulillah, famili memahami..Anak2 buah semua dah besar2 dan boleh 
diharap.

Week 12 : Hari isnin, masih lagi cuti sempena letih kenduri paman mamong yang diadakan pada hari
Ahad. Embah nek, kena cirit-birit dan muntah-muntah...orang lain maintain cool tak kena
 apa2..

Selasa, dah mula kerja...ayah pulak kena cirit-birit...G klinik dapat mc 1 hari... Mummy
masih cool.. G klinik ibu mengndung utk check-up. Scan, nampak dah kaki baby
melonjak2...huish..aktif adik Khalishah ni macam kakaknye. :)

Rabu, bangun pagi dah rasa mual yang lain macam. Gosok gigi, rasa nak muntah. angin je 
keluar. Sblm naik opis, singgah cafe dulu beli kuih 4 biji dan air teh panas(bungkus tak ikat
tepi). Naik opis, rasa mual makin menjadi2...masuk surau, baring cuba hilangkan
mual....rasa lapar sebab dari pagi tak makan. G pantri, tuang 1/4 air teh dalam cawan dan
minum....tak lalu makan. Makan segigit kuih saje...dan baring kembali dalam
surau...Tertido...Kelas cancel...11 am bangun sbb rasa nak kencing...masuk toilet, bau yang
agak semerbak menyebabkan apa yang diminum tadi keluar...uwekkk!!!!! 1st time muntah
dalam tempoh pregnant ni. 12 tgh masuk lab..konon nak buat keje. Tapi tak larat...Pinjam
bantal merah hati aunty dila lalu merebahkan diri di bawah meja....sungguh lembik sebab
perut kosong ..

2 pm, terjaga....rasa lemah sgt2..terus g klinik....dapat mc 2 hari...ada beberapa ubat yang
dibekalkan oleh doktor...singgah kedai panjang beli jus oren tropicana twister (doktor
suggest minum/makan yang masam2 cth jus) balik rumah terus minum. Baring tak sampai
15 minit, tiba2 rasa nak muntah. berlari2 anak ke bilik air terus muntah dan
terkencing..huhuhuhu.....sediiihhh....nasib baik ayah masih ada di rumah...cuti rehat sebab
belum sihat lagi. Bersihkan diri, terus melepek lagi.....

Week 13 : Tekanan darah rendah  90/60, kandungan gula dlm darah pun kurang........hurm...tgh solat
boleh pulak tergolek...sedih...keluar air mata..pergi Klinik Gunwant kena RM150....mcm2
ubat dapat daa... (Hari ahad, klinik ni je bukak)

Week 14 : Cuci gigi kat Klinik Pergigian Parit Baru....

Week 15 : Lepas dibekalkan Obimin oleh doktor (klinik Gunwant), mummy rasa sihat, segar dan
bugar.....

Week 16 : Hari ni mummy sekali lagi rasa dunia ni seakan berputar.... cekalkan hati....gagahkan
jugak naik tangga ke opis...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rezeki lagi


Alhamdulillah...syukur tidak terkira atas kurniaan-Nya...Tahniah untuk ayah juga...Hari ini penuh sejarah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rezeki anak ke-2

Pagi tadi dapat berita baik!!! Ayah dapat surat yang menyatakan ayah dianugerahkan

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)...Alhamdulillah...Inilah hasilnye setelah membanting tulang 4 kerat selama 6 tahun...

Mummy jeles? Takdelah...Mummy rasa bangga sgt...

Alhamdulillah, mummy pun dah pernah dapat masa mummy dalam pantang dulu...

Rezeki anak pertama...

Jadi, adakah kali ini rezeki anak kedua?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelahiran Khalishah


5 Mei 2009 - Khalishah dilahirkan di Hospital Teluk Intan,Perak pada pukul 5.40 pagi dengan berat 3.52kg. Hmm...memang tembam Khalishah masa tu. Siap nampak lesung pipit di pipi kanan, kening yang cantik terukir dan rambut lebat macam ayah. Semuanya mirip ayah kecuali mata sepet. Mungkin ikut wak bad atau ikut belah atuk. Yang penting Khalishah dilahirkan sihat dan sempurna.

Kenapa mummy dan ayah beri nama Khalishah? Khalishah bermaksud 'murni' dan diberi nama sempena nama ayah --> Khalid. Dan senang nak panggil, tak perlu panjang2.

Sebenarnya Khalishah lahir lewat 11 hari dari tarikh jangkaan iaitu 24 April 2009. Allah menguji mummy dan ayah untuk menanti kelahiran Khalishah. 7 hari mummy duduk di wad - 5 hari di Hospital Sabak Bernam dan kemudiannya terus dibawa ke Hospital Teluk Intan dengan menaiki ambulan sebab kes lewat bersalin. Selama itulah, ayah berulang-alik dari rumah untuk menjenguk mummy di hospital. Begitu juga dengan mbah nek dan mbah tuk. Wak com sekeluarga sanggup balik kg sebab nak menanti kelahiran cucu bongsu mbah tuk dan mbah nek. Wak Bad, Wak Jang, WakOng, Bik Dayah, Paman Mamong hari2 bertanya bila mummy nak bersalin.

Khalishah membawa rezeki kepada mummy dan ayah sekeluarga. Selepas beberapa hari Khalishah lahir, mummy mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Alhamdulillah.


Khalishah juga dapat banyak hadiah dan duit....Terima kasih kepada yang menyumbang...Dalam gambar ni hanya sebahagian je. Yang selebihnya tak sempat nak ambik gambar. Rasa sayang je nak bukak hamper2 tu. Macam-macam ada. Tapi banyak yang bagi baju. Mummy dan ayah dah tak payah nak beli baju untuk Khalishah. Semuanye cantik-cantik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS