"Mummy..mintak af (maaf)..Khalishah tak sengaja...." Ini adalah ayat yang sering Khalishah ungkapkan kalau ada buat salah dengan air mata yang bejuraian...hahaha...
Ayat2 lain:
Khalishah 'ketejut' ----> terkejut
Takkan nak balik?
Aksi yang mummy takkan lupa:
Meniru aksi 'Siti Molija' (CT Nurhaliza) mekap dalam rancangan Safiyya TV9.
Mummy..Minta 'af '
Read User's Comments0
Kenapa hari-hari stress?
---------------INI ADALAH POST LEPAS YG TAK SEMPAT PUBLISH--------------------------
Itulah persoalannya...tiada hari yang tak stress...hari kerja stress, hari tak kerja pun stress...(cuti pun stress ke? mmg stress kalau tak dapat jalan-jalan..hahaha)..
Itulah persoalannya...tiada hari yang tak stress...hari kerja stress, hari tak kerja pun stress...(cuti pun stress ke? mmg stress kalau tak dapat jalan-jalan..hahaha)..
Semalam, sampai rumah je kepala mummy mula berdenyut2..mungkin disebabkan menilai projek akhir pelajar mummy lah tu...pelajar pertama ok, pelajar kedua ok..sejuk sikit hati...bila masuk pelajar ketiga mulalah darah nak naik....huh! tak payah lah cerita.
Sambung balik cerita..mummy terus merebahkan diri kat depan tv dan terus tidur. Khalishah datang dekat mummy. Mulalah nak bermanja-manja dengan mummy. Mummy dapat satu idea..Ting! "Khalishah, mummy demam.." Khalishah terus melontarkan suaranya yang comel "Mummy demam? Nanti Khalishah pegi keje beli panadol kay..." Khalishah terus menaiki basikal pink yang baru ayah beli minggu lepas sempena hari lahir Khalishah (pra-besday), masuk ke dalam ruang tengah rumah. Berpatah balik ke tempat mummy me'landing'kan diri...Keluarkan mangkuk dan sudu masak-masak dari bonet basikal (dulu-dulu basikal mummy takde pn bonet)..."Nah, mummy makan ubat kay..." (Semua tiru perbuatan mummy)
Keletah Khalishah adalah terapi untuk kestressan yang melanda mummy.
Petang ni, mummy bercadang bawak Khalishah bermain kat gelanggang bola tampar...sebenarnya, mummy yang dah 4 tahun tak bersukan ni nak menjoinkan diri main volleyball...kali terakhir main adalah pada tahun 2007(masa tu bujang trang-tang-tang lagi) dan dapat merangkul johan bagi perlawanan bola tampar 4-penjuru (IPN-PSIS-ILDAS-SBPI)..indahnya waktu itu...hehehe...tiba-tiba rasa gian pulak nak main...
Subscribe to:
Posts (Atom)





