RSS

Assalamualaikum wbt..kepada semua pembaca (mungkin takde sape pun yg baca)....
Memang dah lama mummy tak mencoretkan kisah2 kehidupan Khalishah sekeluarga di sini memandangkan kesibukan (sibuk sgt ke?) yang melanda dalam hidup mummy..kuikukui....

Dipendekkan cerita, sekarang ni mummy dah ada satu hobi baru setelah sekian lama bertanya dalam diri mummy, "apa sebenarnya hobi aku?" selain daripada menghabiskan duit kat 'sedara kesayangan' ayah ---> Pak Jusco...hahahha....

Dah lama mummy pendam hasrat mummy untuk buat handmade bag...terlalu suka dan cinta sgt bila bukak blog2 handmade bag ni...sehinggakan rancangan 'SAFIYYA' kat TV9 tu mmg mummy nantikan sbb setiap minggu akan ada slot untuk handmade produk/kraftangan...tapi hasrat tu terpendam sebab mummy ada satu masalah besar!!! mummy tak pandai nak guna mesin jahit....huhuhu (rasa rendah diri sgt.. :( ) 

Tapi masalah tu sebenarnye bukannye alasan untuk pendamkan terus hasrat mummy tu hingga ke dasar bumi....rupa-rupanya ada satu kraftangan yang tak perlu pun nak gunakan skill menjahit dengan mesin jahit...
hahaha..apa tu? kraftangan menggunakan kain felt....kraftangan ni sebenarnya dah lama dipopularkan tapi mummy je yang tak tahu..hehehe...

Produk pertama yang mummy hasilkan adalah hard disk (seagate) casing...mmg buruk jahitan...hihihihi..tapi ada pulak yang berkenan (aunty yana) ..dan terus order...apa lagi, menggelabah tak ingat la mummy...mulalah search design2 dalam internet untuk bagi idea yang mantap dan meletop! belajar cara-cara jahitan dengan betul... nanti mummy upload...ada dalam handphone...

pastu ada 2 lagi-auntie fida n yati saadah juga nak!! auntie dila order pulak nexus casing dia....tapi kena tunggu turn...mummy tak pro lagi...buat sikit2...

sebelum tu jugak, mummy ada jahitkan beberapa kartun kegemaran untuk Khalishah...hahaha..cute tak keychain ni? post kat facebook...x-student mummy order pulak elmo..kak mia order pulak shawn the sheep... :P





bekas tisu...idea ni timbul disebabkan ayah tak suka tgk kotak tisu dok tertenggek atas dashboard...post dalam facebook...wak jang ngan acik erin pulak berkenan..terus je tempah...hihihii...


Yang ni acik erin punye bekas tisu..baru je post semalam....




Haaa..yang ni untuk baby Husna, anak bik dayah...bik dayah nak simpan duit raya Husna bam bam dalam ni...hehee...



Klip rambut baby husna....

ada lagi...tapi tak sempat upload...nanti upload sekali ngan auntie yati sa'adah n auntie fida punyeeee...design sudah..tinggal jahit tepi je....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mummy..Minta 'af '

"Mummy..mintak af (maaf)..Khalishah tak sengaja...." Ini adalah ayat yang sering Khalishah ungkapkan kalau ada buat salah dengan air mata yang bejuraian...hahaha...

Ayat2 lain:

Khalishah 'ketejut' ----> terkejut
Takkan nak balik?

Aksi yang mummy takkan lupa:
Meniru aksi 'Siti Molija' (CT Nurhaliza) mekap dalam rancangan Safiyya TV9.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa hari-hari stress?

---------------INI ADALAH POST LEPAS YG TAK SEMPAT PUBLISH--------------------------

Itulah persoalannya...tiada hari yang tak stress...hari kerja stress, hari tak kerja pun stress...(cuti pun stress ke? mmg stress kalau tak dapat jalan-jalan..hahaha)..
Semalam, sampai rumah je kepala mummy mula berdenyut2..mungkin disebabkan menilai projek akhir pelajar mummy lah tu...pelajar pertama ok, pelajar kedua ok..sejuk sikit hati...bila masuk pelajar ketiga mulalah darah nak naik....huh! tak payah lah cerita.

Sambung balik cerita..mummy terus merebahkan diri kat depan tv dan terus tidur. Khalishah datang dekat mummy. Mulalah nak bermanja-manja dengan mummy. Mummy dapat satu idea..Ting! "Khalishah, mummy demam.." Khalishah terus melontarkan suaranya yang comel "Mummy demam? Nanti Khalishah pegi keje beli panadol kay..." Khalishah terus menaiki basikal pink yang baru ayah beli minggu lepas sempena hari lahir Khalishah (pra-besday), masuk ke dalam ruang tengah rumah. Berpatah balik ke tempat mummy me'landing'kan diri...Keluarkan mangkuk dan sudu masak-masak dari bonet basikal (dulu-dulu basikal mummy takde pn bonet)..."Nah, mummy makan ubat kay..."  (Semua tiru perbuatan mummy)
Keletah Khalishah adalah terapi untuk kestressan yang melanda mummy.

Petang ni, mummy bercadang bawak Khalishah bermain kat gelanggang bola tampar...sebenarnya, mummy yang dah 4 tahun tak bersukan ni nak menjoinkan diri main volleyball...kali terakhir main adalah pada tahun 2007(masa tu bujang trang-tang-tang lagi) dan dapat merangkul johan bagi perlawanan bola tampar 4-penjuru (IPN-PSIS-ILDAS-SBPI)..indahnya waktu itu...hehehe...tiba-tiba rasa gian pulak nak main...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Baju Melayu Ayah

Baju melayu yang berwarna-warni tergantung dalam almari tu, akhirnya dipakai jua oleh ayah... :) Ada warna ungu, coklat, biru muda, biru tua, biru kelabu, hijau...apa lagi eh? Semangat baru kata ayah....Dengan semangat yang ada untuk pergi kerja pagi tadi, ayah menuruni tangga...Khalishah yang sedang sibuk bermain (tanpa cuci muka dan gosok gigi) tiba-tiba berkata... "Ayah, tak naklah kawen..."...Kuang-kuang-kuang...

Beberapa minggu lepas, ayah pakai baju batik pada hari Khamis...Khalishah kata ayah nak pergi kenduri...

Moral daripada cerita ini : Kena biasakan diri pakai baju melayu pada hari Jumaat dan pakai baju batik pada hari Khamis.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Misteri

"Allahuakbar Allahuakbar...." tatkala azan isya' berkumandang dari masjid berdekatan rumah makcik, Khalishah yang tadinya sedang leka bermain bersama datang menerpa ke pangkuan mummy sambil menutup telinga... "Tak nak! Tak nak! Nak kuar! Nak kuar! Nak balik rumah mbah nek!" Mummy dan semua yang ada di dalam rumah terkejut.... "Kenapa ni sayang?" Mummy pujuk Khalishah yang menangis dan semakin tidak keruan... Ayah angkat Khalishah dan bawa keluar...setelah keadaan reda, ayah bawa Khalishah masuk semula....

"Bismillahirrahmanirrahim...." Imam mula membaca Al-Fatihah dalam solat Isya'....Khalishah menerpa ke arah mummy lagi sambil menutup telinga..."Mummy..nak kuar!!!!" Khalishah menangis lagi mengajak mummy keluar...Pakcik panggil mummy supaya bawa Khalishah kepadanya...Pakcik pegang belakang Khalishah... "Ishk...ikut dari mana ni?" Mummy mula rasa seram manakala Khalishah semakin meronta-ronta untuk dilepaskan...Pakcik ambil air dan baca sesuatu...Minta Khalishah minum..."Tak nak minum!" Khalishah menolak... "Sedap ni..air oren..." Pakcik mula memujuk.. Lantas Khalishah capai cawan dan terus minum dengan gelojohnya... Pakcik sapu muka dan kaki Khalishah dengan baki air yang ada...Alhamdulillah...lebih kurang selepas 5 minit, Khalishah kembali ceria....

Mummy dan ayah mula teringat...satu hari tu sahaja, kami dah bawa Khalishah  ke tempat-tempat yang tiada penghuni:
1. melawat taman perumahan yang belum siap sepenuhnya berdekatan dengan rumah Pok Teh.
2. melawat tapak rumah Nek Su.
3. melawat tanah ayah yang serupa macam hutan.

Hmm...kesimpulannya, lepas ni tak boleh main terjah je....
Ya Allah, ampunilah segala kesilapan kami....lindungilah dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakitnya tangan dan kakiku....

"Tangan mummy sakit ke?" suara comel mula bertanya. Tangan, kaki, badan mummy semuanya sakit-sakit...Ha...tu le padahnye kalau bersukan tak buat 'pemanasan badan' dulu...kihkihkih...Punyelah lama tak bersukan, setahun sekalilah kot..tu pun kalau nasib baik lah...

Jeng...jeng..jeng...

eleh...setakat saguhati pun nak post...nombor 6 daripada 12 kumpulan yang bertanding...dapat medal lagi...ok lah tu, terubat jugak rasa sakit2 ni...sape yang main? Mummy + ayah + pakcik azrol + pakcik izwan mewakili JTMK....Nak cerita sikit, mummy dapat kumpulkan mata sebanyak 353 untuk 3 game...hihihi...

Bila lagi nak main? oh..mungkin tahun depan la pulak kot jejak kaki kat pusat boling nih...

Sekian..laporan sukan dilaporkan...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rezeki lagi


Alhamdulillah...syukur tidak terkira atas kurniaan-Nya...Tahniah untuk ayah juga...Hari ini penuh sejarah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS