RSS
Showing posts with label dalam sejarah. Show all posts
Showing posts with label dalam sejarah. Show all posts

Khalishah 4 tahun VS PRU13

5 Mei 2013, tercatat dalam sejarah sebab tarikh ulangtahun kelahiran Khalishah bersamaan dengan tarikh Pilihanraya Umum yang ke-13..Wah2x..senang je nak ingat bila tarikh mengundi kan?
hehehe...
 
Sebenarnya ni adalah kali pertama mummy mengundi...(malu)..APA???? Dah tua bangka baru kali pertama kali mengundi? hihihihi...Sebenarnya ada reason yang kukuh kenapa mummy tak pergi mengundi PRU yang lepas2...
 
Begini ceritanya...
Di zaman kegemilangan mummy di university dulu...(perasan) mummy telah pun mendaftar sebagai pengundi setelah umur mummy menjangkau 21 tahun...Tetapi, tukang daftar di pejabat pos tempat mummy study tu telah tersilap menulis no ic mummy. Mummy dah bagitau bahawa no ic tersebut salah dan kerani pejabat pos tu berjanji akan membetulkannya di dalam sistem. Malangnya, hampir PRU 11, bila semak mummy tidak derdaftar.
 
PRU ke 12, nape tak undi? Setelah kejadian pertama tu, mummy mmg tidak mendaftar sebagai pengundi tambahan pula bik aida masa tu kahwin...Teman sepermainan semasa kecil, rakan sepejabat dan yang paling utama adalah jiran terdekat...So, dijadikanlah alasan kenapa tak pergi mengundi...Dan pada ketika tu, semangat dalam politik belum pun ada....
 
Kali ni, semangat begitu berkobar2...tambahan pula sekarang ni isu politik adalah satu isu yang memang hangat di Malaysia seiring dengan perkembangan rakyat Malaysia yang cerdik dan bijak pandai....PRU kali ni, semua pengundi kena calit dengan dakwat kekal pada jari telunjuk kiri. tapi mummy lupa pulak nak ambik gambar... yang ada ni ha...yang dah luntur dek rajin membasuh pinggan mangkuk. :)
 

 
 
 
Mummy pergi sebelah petang selepas zohor sebab tak beratur panjang. Tak larat berdiri lama2...Masa datang tu tak payah beratur sebab mummy je yang ada...takde orang di saluran 3...wahh! tak sampai 5 minit pun.....
 
 
Kisah Hari jadi Khalishah pulak:
 
Selepas ayah mengundi di Melaka, ayah terus pecut laju balik ke Sabak Bernam...singgah di Kuala Selangor beli kek Secret Recipe (almaklumlah, kat sabak bernam ni belum ada)...

Sampai rumah, terus je majlis kecil-kecilan diadakan. Sape yang ada?

1. Ayah
2. Mummy
3. Embah Tok
4. Embah Nek
5. Bibik Dayah
6. Paman Mamong
7. Husna
8. Birthday Girl

Paman Emi - Pergi mengundi tak balik2.
Bibik Ekin - Tak balik kg, sebab sibuk bersiap2 untuk pindah ke KL. Dapat tempat kerja baru. Tak perlu dah paman mamong ulang-alik KL-Melaka setiap minggu.

Jom layan gambar....

 



Banyak lagi gambar, tapi tak sesuai upload di sini.. Aurat!
Hihi....

"Happy Birthday sayang...
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Semoga menjadi anak yang taat.

Mmmuuaahhhh!!!!  ♥♥♥♥"

☺Ada sambungan cerita lagi ☺

 
 
 
 
 
 
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini dalam sejarah

Hari ini dalam sejarah untuk hari semalam (19 Jun 2011).

Selain daripada Hari Bapa, semalam juga merupakan Hari Tidak Marah-Marah Khalishah...Ye, mummy dan ayah telah membuat keputusan untuk tidak marah2 Khalishah (cubaan untuk 1 hari)...Kesian anak mummy...Kami telah membuat kajian bahawa jika anak dilayan dengan baik atau diberi perhatian, anak juga akan memberi tindak balas yang baik dengan ibu bapa...Cubalah!

Tapi, banyak juga karenahnya...Samsung SL mummy yang sedang 'charging' telah jatuh berderai selepas ditarik oleh Khalishah. Nasib baik boleh berfungsi lagi...Kerusi kuning kecil ditunggang Khalishah umpama kuda lalu tersungkur di bendul dapur...tak sempat mummy nak selamatkan walaupun tinggal beberapa tapak lagi untuk sampai...Semua itu perlu mummy hadapi dengan penuh sabar tanpa marah2.... :)

Bangun je dari tidur petang, Khalishah merengek mintak kuih..."Nak kuih pau!" berulang kali Khalishah mintak..mana nak cari kuih pau maghrib2 ni? Akhirnya biskut Cream Cracker bergula dapat dijadikan pengganti...Tak cukup lagi..."Nak kuih, nak kuih"...Mana ada kuih..Nasi tak nak..mummy hulur 'cikedis' (tak galakkan pon)...tak nak juge.."Tak nak la...tak sedap!" Khalishah menolak 'cikedis' yang diberi sambil geleng2 kepala.

Itu cerita semalam...

Hari ni punye cerita:
Hari ni 20 Jun 2011 genaplah 6 tahun mummy berkhidmat di politeknik...Penuh dengan kemanisan dan kepahitan yang mummy dah lalui di sini...Ayah juga dah 6 tahun berkhidmat cuma lebih awal lapor diri daripada mummy iaitu 6 Jun 2005...

Hari ini juga Pak Long (Abg sulung ayah) telah dihantar ke Rumah Ehsan, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kuala Kubu Bharu setelah terlantar sakit hampir 2 tahun di bawah jagaan atuk...Alhamdulillah, diharap Pak Long dapat dijaga dengan rapi di situ...

Hari ini juga, mummy mendapat sms daripada Wak Com yang menyatakan dia muntah2 daripada subuh semalam (19 Jun 2011) hingga ke pagi tadi...Perkara serupa ini juga pernah berlaku sejak minggu lepas lagi...

**********************************************************************************


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS