RSS

Kisah Baju Melayu Ayah

Baju melayu yang berwarna-warni tergantung dalam almari tu, akhirnya dipakai jua oleh ayah... :) Ada warna ungu, coklat, biru muda, biru tua, biru kelabu, hijau...apa lagi eh? Semangat baru kata ayah....Dengan semangat yang ada untuk pergi kerja pagi tadi, ayah menuruni tangga...Khalishah yang sedang sibuk bermain (tanpa cuci muka dan gosok gigi) tiba-tiba berkata... "Ayah, tak naklah kawen..."...Kuang-kuang-kuang...

Beberapa minggu lepas, ayah pakai baju batik pada hari Khamis...Khalishah kata ayah nak pergi kenduri...

Moral daripada cerita ini : Kena biasakan diri pakai baju melayu pada hari Jumaat dan pakai baju batik pada hari Khamis.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Misteri

"Allahuakbar Allahuakbar...." tatkala azan isya' berkumandang dari masjid berdekatan rumah makcik, Khalishah yang tadinya sedang leka bermain bersama datang menerpa ke pangkuan mummy sambil menutup telinga... "Tak nak! Tak nak! Nak kuar! Nak kuar! Nak balik rumah mbah nek!" Mummy dan semua yang ada di dalam rumah terkejut.... "Kenapa ni sayang?" Mummy pujuk Khalishah yang menangis dan semakin tidak keruan... Ayah angkat Khalishah dan bawa keluar...setelah keadaan reda, ayah bawa Khalishah masuk semula....

"Bismillahirrahmanirrahim...." Imam mula membaca Al-Fatihah dalam solat Isya'....Khalishah menerpa ke arah mummy lagi sambil menutup telinga..."Mummy..nak kuar!!!!" Khalishah menangis lagi mengajak mummy keluar...Pakcik panggil mummy supaya bawa Khalishah kepadanya...Pakcik pegang belakang Khalishah... "Ishk...ikut dari mana ni?" Mummy mula rasa seram manakala Khalishah semakin meronta-ronta untuk dilepaskan...Pakcik ambil air dan baca sesuatu...Minta Khalishah minum..."Tak nak minum!" Khalishah menolak... "Sedap ni..air oren..." Pakcik mula memujuk.. Lantas Khalishah capai cawan dan terus minum dengan gelojohnya... Pakcik sapu muka dan kaki Khalishah dengan baki air yang ada...Alhamdulillah...lebih kurang selepas 5 minit, Khalishah kembali ceria....

Mummy dan ayah mula teringat...satu hari tu sahaja, kami dah bawa Khalishah  ke tempat-tempat yang tiada penghuni:
1. melawat taman perumahan yang belum siap sepenuhnya berdekatan dengan rumah Pok Teh.
2. melawat tapak rumah Nek Su.
3. melawat tanah ayah yang serupa macam hutan.

Hmm...kesimpulannya, lepas ni tak boleh main terjah je....
Ya Allah, ampunilah segala kesilapan kami....lindungilah dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakitnya tangan dan kakiku....

"Tangan mummy sakit ke?" suara comel mula bertanya. Tangan, kaki, badan mummy semuanya sakit-sakit...Ha...tu le padahnye kalau bersukan tak buat 'pemanasan badan' dulu...kihkihkih...Punyelah lama tak bersukan, setahun sekalilah kot..tu pun kalau nasib baik lah...

Jeng...jeng..jeng...

eleh...setakat saguhati pun nak post...nombor 6 daripada 12 kumpulan yang bertanding...dapat medal lagi...ok lah tu, terubat jugak rasa sakit2 ni...sape yang main? Mummy + ayah + pakcik azrol + pakcik izwan mewakili JTMK....Nak cerita sikit, mummy dapat kumpulkan mata sebanyak 353 untuk 3 game...hihihi...

Bila lagi nak main? oh..mungkin tahun depan la pulak kot jejak kaki kat pusat boling nih...

Sekian..laporan sukan dilaporkan...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS