RSS

Penawar duka lara

Dah lama mummy tak update tentang perkembangan diri mummy yang makin mengembang ke depan ni...
 
Buku pink + klinik dah jadi rakan baik mummy sekarang....
Selepas mummy kena detect HB Low dengan bacaan 10.1, mummy lah pengunjung setia klinik tu...
 
Cabaran minum air gula (MGTT) pulak lepas tu sebab umur dah > 30 tahun.
Kali pertama paras hidung dengan bacaan 7.6 dan kemudian kena repeat dan dapat bacaan 8.4...makin meningkat kan? Hahaha....kerana itulah mummy terus menjadi pengunjung setia klinik. Buku keluar pejabat tu memang penuh je dengan nama mummy setiap minggu.
 
Semalam, mummy kena buat ujian BSP - Blood Sugar Profile sebanyak 4 kali dalam sehari. Berikut adalah keputusannya...
 
8 am - 4.4
12 pm - 3.8 (hypo la pulak...sebab makan roti je pagi tu...pastu ada kelas sampai tghari)
5 pm - 4.4
9 pm - 5.6
 
Hari ni, mummy masih meneruskan perjuangan...
9.00 am mummy terus ke klinik sebab kena jumpa doktor...
Doktor ni muda, rasanya lebih muda daripada mummy dan yang paling penting memang baik dan memahami.
BSP kena repeat untuk 2 minggu sekali sehinggalah bersalin..huh..cabaran.
Next BSP adalah pada 15/7 ni.. Dah tentulah mummy dilarang untuk berpuasa...Huwaaaa!
Tadi ambik darah dekat lengan untuk FBC(check HB) dan separuh darah lagi adalah untuk pantau kandungan gula dalam darah. HB dah makin naik 10.7..alhamdulillah walaupun masih belum mencapai 11.0...
 
Semua ni adalah duka lara mummy untuk pregnant kali ni. Tapi, yang penting baby dalam perut mummy ni sihat...Untuk mengawal perasaan yang duka lara ni, mummy selalu berfikiran +ve. Semua ni adalah untuk kebaikan diri mummy dan baby..Sekurang-kurangnya, mummy akan jaga pemakanan mummy yang selama ni tak diambil kisah... So, Don't Be Sad mummy...
 
Penawar duka lara yang mummy nak cerita hari ni adalah....
.
.
.
.
.
.
.
Tara!!!
 
 
 
Terima kasih pada ayah kerana sudi buat suprise! Sejambak ros merah diletakkan kat dalam kereta...Masa ni mummy nak ke klinik pagi tadi...Mesti beli lepas flash kad tadi kan? Kebetulan hari ni Hari Konvokesyen kat tempat mummy kerja.. Banyak le gerai2 bunga kat dalam dan di luar pagar... Mmmmmuah!
 
 
 
 
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS