RSS

3 bulan

Masuk sahaja 3 bulan, mummy terpaksa beri Khalishah susu tepung sebab Khalishah selalu menangis sebab lapar. Mula2 try susu Snow tapi muntah. Ayah try beli susu soya Isomil. Khalishah suka pulak minum. Hmm...mungkin sebab masa mummy mengandungkan Khalishah, mummy suka minum soya dan makan taufufa. Tapi Khalishah minum Isomil time mummy pergi kerja je. Bila mummy ada kat rumah, mummy tak bagi. Seronok tgk perkembangan Khalishah dari hari ke hari. Khalishah dah mula pandai menyembur2. Mbahnek kata, habislah rambut mummy gugur nanti. Khalishah suka menggeliat sampai merah2 muka. Asyik tido je siang. Tido pulak dengan muka serius-->macam ayah..hehhehe...Jangan marah ye ayah. Tapi, bila malam memang suka berjaga. Hahahaha....sampai juling2 mummy dan ayah menahan ngantuk melayan karenah Khalishah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment