Sejak dua menjak ni asyik stress je...sblm balik tadi dapat call drpd rakan mummy bagitau soalan objektif yang mummy gubal kena reject...KENAPA? Tiba-tiba darah terasa menyirap ke muka...kalau soalan2 tu tak dipilih, mummy takdelah rasa ralat sgt....tapi, kesnya sekarang adalah kena gubal semula SOALAN SUBJEKTIF sebanyak 6 soalan untuk 2 SET! Soalan objektif adalah tidak perlu sama sekali untuk subjek version 2004 yakni untuk semester 6....
Cuba bayangkan.....dengan tugas sebagai pensyarah untuk prepare ke kuliah dengan 2 subjek baru + tugas sampingan yang tak abis2, mummy dan rakan2 yang lain perlu menggubal soalan sebanyak 2 set...iaitu 40 soalan objektif dan 2 soalan subjektif untuk 2 set (bersamaan 80 soalan objektif dan 4 soalan subjektif) beserta skema jawapan....soalan yang mummy kena gubal ni adalah subjek programming di mana agak sukar untuk gubal dalam bentuk objektif...Mummy terpaksa mengetepikan tugas2 di rumah, Alhamdulillah ayah banyak bantu mummy jaga Khalishah (mandi+beri makan+tukar lampin+bwk jln2 dll) sewaktu ayah berada di rumah (weekend je), semata-mata untuk siapkan soalan ni...TQ ayah...
Minggu lepas pula mummy terlibat dengan penyemakan soalan untuk subjek2 lain...dan kena buat2 paham soalan2 yang digubal oleh rakan sekerja mummy yang terdiri daripada pelbagai subjek....Alhamdulillah semuanye dah selesai dengan jayanya, manakala soalan yang mummy gubal juga tidak banyak masalah setelah disemak oleh ketua jabatan...
TAPI.....hari ini, dapat satu berita yang sungguh mengecewakan....terasa tidak berbaloi menggubal soalan tempoh hari, dengan hanya dapat tidur ~3 jam satu hari gara2 nak siapkan soalan dalam tempoh yang amat singkat + kerja2 lain yang menimbun....DANNNN.....mummy + rakan2 yang senasib mummy diarahkan gubal semula soalan subjektif sebanyak 6 soalan x 2 set + skema jawapan...nak kena hantar bile?????
.
...
....
ESOK!!!!!!! logikkah untuk hasilkan soalan yang berkualiti?






0 komen:
Post a Comment