RSS

Aku seperti model?

Khalishah seperti model atau mummy seperti model? Oh, sudah tentu tidak...jauh sama sekali apatah lagi mummy yang bertubuh 'comel' macam ni...

Mummy nak bercerita sedikit mengenai adab sopan segelintir masyarakat kita sewaktu bercakap sesama manusia... Entri ini mummy tulis adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mummy selama ni...dan diharap dapat dijadikan panduan kepada anak mummy dan pembaca di luar sana... :)

Kurus VS gemuk...mesti anda semua dapat membezakannya bukan? 
Ya, sudah tentu anda semua tahu dan tak perlu merujuk Kamus Dewan atau yang sewaktu dengannya...

Biasanya, manusia yang perasan tubuh badannya seperti model akan berkata begini sekiranya :

a) kita bertubuh kurus
    i. "dah le kurus"
    ii. "kurus sgt la ko ni, tak cantik!"
    iii. "kesian...dah le kurus kering.."
    iv. "cengkung la ko ni"  
    v. "ringannye...tak makan ke?"

b) kita bertubuh gemuk
    i." ishk...apasal le ko gemuk sgt?"
    ii. "mesti ko makan lebih daripada 1 pinggan kan?"
    iii." debabnye....."
    iv. "dah le gedempol.."
    v. "senget keta aku ko naik"

dialog2 di atas adalah sebahagian sahaja..mungkin ada yang lebih teruk.. Jagalah percakapan kita agar tidak mengecilkan atau melukakan hati orang lain...banyak lagi perkataan yg indah2 untuk dilontarkan atau lebih baik kita berdiam diri...

Ingatlah wahai anakku dan pembaca sekalian, jangan anggap semua org suka dgn percakapan kita...kerana mulut badan binasa....lebih elok sebelum bercakap itu ini, kaji dulu ketinggian dan berat badan org tu...sesuai tak berat badan dengan ketinggian yang dia ada...baru betul... 






Fikir2kan dan renung2kan...selamat beramal!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment