RSS

KINI KEMBALI

Kini, mummy kembali  mengetuk biji-biji keyboard setelah sekian lama tidak berblog....ye..sungguh bz...bermula dari benda yang mummy tak nak buat, tiba-tiba tergerak untuk buat....dengan berkursus selama seminggu di Melaka, kemudian, balik dari berkursus, tidur malam pula selalu tidak cukup gara2 nak siapkan dokumen2 yang diperlukan....Ya Allah...kadang-kadang kesian tgk Khalishah kena heret sekali dalam perkara ni..berkampung kat opis mummy n ayah...tapi, yang pastinya Khalishah cukup happy bermain, berlari ke sana -sini sebab opis mummy mmg cukup luas...

Meja mummy kat opis, tak yah cerita lah macamana keadaannya....semuanya mummy letak gitu-gitu je...tak larat nak kemas...semua frame yang ada gambar kawin mummy n ayah + gambar Khalishah masa baby dulu, habis Khalishah conteng...dan, kelmarin gara-gara tak sempat nak kemas, gambar kawin mummy yang Khalishah buat main atas karpet opis mummy telah dipijak oleh student dan pecah....huhuhu...sangatlah sedih....

Isnin (18 Julai 2011) - Bermulalah mummy melalui PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) dengan ayah...nasib baik sebulan je...ayah nak mencapai impiannya untuk mengikuti Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) di Kajang...begini rupanya keadaan kawan-kawan mummy lain yang dah biasa melalui perkara ni....Mendengar kisah-kisah sedih+seram dll yang selalu diceritakan oleh kawan-kawan mummy semasa duduk berasingan dengan suami membuatkan mummy bersyukur dengan apa yang mummy ada sekarang ni...Biar pun tidak mewah dengan wang ringgit/harta benda yang mahal2, tapi cukuplah dengan kasih sayang yang ada...Alhamdulillah...

Fail Rekod Pensyarah (FRP) mummy tak wujud2 lagi...banyak yang mummy dah ketinggalan disebabkan pergi berkursus...walaupun minggu ni mummy dah mulakan kuliah, tapi hati sentiasa resah bila tiada persediaan yang baik dibuat untuk masuk ke kelas...Muka nampak confident, tapi dalam kepala kusut memikirkan aktiviti apa yang nak dibuat di dalam kelas supaya P&P berjalan dengan lancar.

Banyak lagi yang nak diceritakan...tapi cukuplah setakat ini sahaja dulu...Oh ye...alhamdulillah Wak Com telah pun keluar dari hospital....Semoga wak com bertambah sihat dan dapat melaukan kerja seharian seperti biasa....  


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment