RSS

TARAAA!!!

Lama sungguh jari-jemari mummy ni tak menari atas keyboard mencoretkan peristiwa2 yang berlaku....memang terlalu bz...sejak mummy dan ayah sibuk menyiapkan dokumen validasi dan divalidasi utk kenaikan pangkat, mcm bertimpa2 pulak kerja lain datang dan akhirnya blog ni terbiar dengan sarang labah2 yang tersangkut di sana-sini...

Dalam tempoh hampir 4 bulan ni, pelbagai peristiwa suka-duka yang ditempuhi...

1. Wak Com yang terlantar sakit hampir 4 bulan, akhirnya telah sembuh seperti sedia kala...Alhamdulillah, berkat doa semua sanak-saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan usaha perawat perubatan moden dan tradisional...Terima kasih semua...

2. Pada tanggal 13 Oktober 2011, Pak Long yang dah terlantar sakit selama 2 tahun telah pergi ke Rahmatullah...begitulah berakhirnya penderitaan Pak Long selama ini...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

3. Pada 29 Oktober 2011 (sehari selepas birthday mummy) Atok Deris telah selamat diijabkabulkan dengan nenek baru (Nek Nab)...Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..Semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat...

4.Minggu lepas (2 Disember 2011), Pok Cu pula telah mengalami kemalangan, jatuh di masjid Kajang semasa melakukan pemasangan kabel projektor...Alhamdulillah, selamat tetapi mengalami luka di muka dan tangan kirinya terpaksa disimen...

5. Buat pertama kalinya, mummy berjaya meninggalkan Khalishah bersama ayah di rumah, kerana mummy terpaksa menghadiri kursus di Pulau Pangkor selama 3 hari...Khalishah langsung tak kisah mummy pergi...mungkin disebabkan sudah bercerai susu badan...tambahan pula, dengan adanya teknologi canggih ni, bila-bila masa saja boleh bercakap sambil tgk muka seolah2 berada di depan mata....(video call)

6. Ayah seorang selebriti? Hahaha...ye mummy pula isteri kepada seorang selebriti dan Khalishah pula anak kepada seorg selebriti...dalam masa 1 minggu ayah dan aunty shikin telah buat penggambaran untuk Rancangan Geng IT. Nantikan kemunculan ayah di RTM pada bulan Februari 2012 ni...


Banyak lagi peristiwa yang berlaku, tapi dah tak ingat...sekarang Khalishah dah berusia 2 tahun 7 bulan...Khalishah bertambah petah berkata2...penat nak layan...Hobi terbaru Khalishah adalah menonton DVD..(Kung Fu Panda 1 + 2, Cars, Bolt)...Kalau tgk gaya mmg sebijik macam ayah...mewarna? mungkin juga hobi baru Khalishah...Color pensel yang dibeli di Cosway memang digunakan sepenuhnya...2 buah buku mewarna (angry bird dan cars) mummy dah belikan di pasar sg air tawar...Apa lagi? Setiap hari, setiap kali mummy bersiap nak pergi kerja, Khalishah akan berkata : "Mummy...tak nak pergi keje..."...huhuhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment