RSS

Rezeki lagi


Alhamdulillah...syukur tidak terkira atas kurniaan-Nya...Tahniah untuk ayah juga...Hari ini penuh sejarah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TARAAA!!!

Lama sungguh jari-jemari mummy ni tak menari atas keyboard mencoretkan peristiwa2 yang berlaku....memang terlalu bz...sejak mummy dan ayah sibuk menyiapkan dokumen validasi dan divalidasi utk kenaikan pangkat, mcm bertimpa2 pulak kerja lain datang dan akhirnya blog ni terbiar dengan sarang labah2 yang tersangkut di sana-sini...

Dalam tempoh hampir 4 bulan ni, pelbagai peristiwa suka-duka yang ditempuhi...

1. Wak Com yang terlantar sakit hampir 4 bulan, akhirnya telah sembuh seperti sedia kala...Alhamdulillah, berkat doa semua sanak-saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan usaha perawat perubatan moden dan tradisional...Terima kasih semua...

2. Pada tanggal 13 Oktober 2011, Pak Long yang dah terlantar sakit selama 2 tahun telah pergi ke Rahmatullah...begitulah berakhirnya penderitaan Pak Long selama ini...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

3. Pada 29 Oktober 2011 (sehari selepas birthday mummy) Atok Deris telah selamat diijabkabulkan dengan nenek baru (Nek Nab)...Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..Semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat...

4.Minggu lepas (2 Disember 2011), Pok Cu pula telah mengalami kemalangan, jatuh di masjid Kajang semasa melakukan pemasangan kabel projektor...Alhamdulillah, selamat tetapi mengalami luka di muka dan tangan kirinya terpaksa disimen...

5. Buat pertama kalinya, mummy berjaya meninggalkan Khalishah bersama ayah di rumah, kerana mummy terpaksa menghadiri kursus di Pulau Pangkor selama 3 hari...Khalishah langsung tak kisah mummy pergi...mungkin disebabkan sudah bercerai susu badan...tambahan pula, dengan adanya teknologi canggih ni, bila-bila masa saja boleh bercakap sambil tgk muka seolah2 berada di depan mata....(video call)

6. Ayah seorang selebriti? Hahaha...ye mummy pula isteri kepada seorang selebriti dan Khalishah pula anak kepada seorg selebriti...dalam masa 1 minggu ayah dan aunty shikin telah buat penggambaran untuk Rancangan Geng IT. Nantikan kemunculan ayah di RTM pada bulan Februari 2012 ni...


Banyak lagi peristiwa yang berlaku, tapi dah tak ingat...sekarang Khalishah dah berusia 2 tahun 7 bulan...Khalishah bertambah petah berkata2...penat nak layan...Hobi terbaru Khalishah adalah menonton DVD..(Kung Fu Panda 1 + 2, Cars, Bolt)...Kalau tgk gaya mmg sebijik macam ayah...mewarna? mungkin juga hobi baru Khalishah...Color pensel yang dibeli di Cosway memang digunakan sepenuhnya...2 buah buku mewarna (angry bird dan cars) mummy dah belikan di pasar sg air tawar...Apa lagi? Setiap hari, setiap kali mummy bersiap nak pergi kerja, Khalishah akan berkata : "Mummy...tak nak pergi keje..."...huhuhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya! Raya!

Lagu raya dah berkumandang kat mana2....maknanya raya dah dekat....dan bermakna cuti pun dah dekat..Yeay! Walaupun banyak lagi kerje yang tak setel, tapi bila dengar lagu raya bersemangat pulak rasanya....hehehe.....

Duit bonus hari tu dah habis...habis beli untuk persiapan raya....banyak mana pun duit, mmg boleh abis...tapi banyak mana pun kad bank yang kita ada, belum tentu semuanya ada duit..hahahahahaha.......................
Student pun dah semakin 'lesu' untuk ke kuliah...termasuklah pensyarah....masing2 tersenyum je sebab dalam hati ada taman..hehehe....ofis dah macam IKS/kedai...macam2 ada...kuih raya+brooch+baju baby+baju batik dll....

Raya ni raya di parit baru dulu..pagi raya ke-3 baru lah balik ke melaka sampai raya ke-7....kat melaka banyak rumah yang nak dikunjungi...selain sedara mara, kawan2 mummy+ayah ramai yang kat melaka....Tapi, rumah wajib yang ayah akan pergi mestilah rumah uncle jiji...tau dah...yang kedua mestilah rumah aunty mar..boleh jumpa abg haziq + adik mia....

Seronok, seronok jugak...tapi terselit kesedihan di lubuk hati mummy....wak com masih belum sembuh sepenuhnya lagi...semalam paman mamong kata, wak com nampak semakin kurus...tak sanggup rasanya nak dengar....wak dila semakin sibuk menyiapkan tempahan baju raya yang masih banyak tak siap...kesian wak dila....terpaksa menanggung benda ni semua...Ya Allah, Kau lindungilah mereka...Berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka supaya dapat menikmati Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi...dan dapat beraya bersama2....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sangat Letih

Minggu ini adalah minggu letih...
Walaupun semalam cuti Nuzul Quran, tapi rasa letih juga sbb pergi shopping..
Tak shopping pon...tapi mengejar Khalishah ke sana-sini...dapat satu je baju kurung mummy...tu pun main rembat je..tak sempat fikir panjang...
Saat itu, terbayang alangkah bagusnya kalau ayah ada....dan alangkah bagusnya kalau waktu itu boleh minum air yang baru dikeluarkan dari peti ais....mmg mencabar....

Hari ini, letih lagi...kelas direct dari pagi selama 4 jam...naik turun mengangkut lapto dan projektor...
Tertinggal pulak 'xtension'...lagi le tensen...naik turun lagi....tekak pulak, tak tau lah pulak kenapa hari ni terlalu kering kontang....aduhai..mmg mencabar minda..terasa seperti nak cancel kelas je...tapi apa boleh buat..itu kan dah tanggunggjawab...

Sabtu ni mummy nak meneruskan misi shopping baju raya lagi yang terbantut semalam....tapi esok mummy tak nak bwk Khalishah....hehehehe....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Stress lagi!

Sejak dua menjak ni asyik stress je...sblm balik tadi dapat call drpd rakan mummy bagitau soalan objektif yang mummy gubal kena reject...KENAPA? Tiba-tiba darah terasa menyirap ke muka...kalau soalan2 tu tak dipilih, mummy takdelah rasa ralat sgt....tapi, kesnya sekarang adalah kena gubal semula SOALAN SUBJEKTIF sebanyak 6 soalan untuk 2 SET! Soalan objektif adalah tidak perlu sama sekali untuk subjek version 2004 yakni untuk semester 6....

Cuba bayangkan.....dengan tugas sebagai pensyarah untuk prepare ke kuliah dengan 2 subjek baru + tugas sampingan yang tak abis2, mummy dan rakan2 yang lain perlu menggubal soalan sebanyak 2 set...iaitu 40 soalan objektif dan 2 soalan subjektif untuk 2 set (bersamaan 80 soalan objektif dan 4 soalan subjektif) beserta skema jawapan....soalan yang mummy kena gubal ni adalah subjek programming di mana agak sukar untuk gubal dalam bentuk objektif...Mummy terpaksa mengetepikan tugas2 di rumah, Alhamdulillah ayah banyak bantu mummy jaga Khalishah (mandi+beri makan+tukar lampin+bwk jln2 dll) sewaktu ayah berada di rumah (weekend je), semata-mata untuk siapkan soalan ni...TQ ayah...

Minggu lepas pula mummy terlibat dengan penyemakan soalan untuk subjek2 lain...dan kena buat2 paham soalan2 yang digubal oleh rakan sekerja mummy yang terdiri daripada pelbagai subjek....Alhamdulillah semuanye dah selesai dengan jayanya, manakala soalan yang mummy gubal juga tidak banyak masalah setelah disemak oleh ketua jabatan...

TAPI.....hari ini, dapat satu berita yang sungguh mengecewakan....terasa tidak berbaloi menggubal soalan tempoh hari, dengan hanya dapat tidur ~3 jam satu hari gara2 nak siapkan soalan dalam tempoh yang amat singkat + kerja2 lain yang menimbun....DANNNN.....mummy + rakan2 yang senasib mummy diarahkan gubal semula soalan subjektif sebanyak 6 soalan x 2 set + skema jawapan...nak kena hantar bile????? 
.

...

....

ESOK!!!!!!! logikkah untuk hasilkan soalan yang berkualiti?





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS