Penawar duka lara
Mengidam....
Coklat
Layan je lah gambar di bawah...
Khalishah 4 tahun VS PRU13
Sampai rumah, terus je majlis kecil-kecilan diadakan. Sape yang ada?
1. Ayah
2. Mummy
3. Embah Tok
4. Embah Nek
5. Bibik Dayah
6. Paman Mamong
7. Husna
8. Birthday Girl
Paman Emi - Pergi mengundi tak balik2.
Bibik Ekin - Tak balik kg, sebab sibuk bersiap2 untuk pindah ke KL. Dapat tempat kerja baru. Tak perlu dah paman mamong ulang-alik KL-Melaka setiap minggu.
Jom layan gambar....
Banyak lagi gambar, tapi tak sesuai upload di sini.. Aurat!
Hihi....
"Happy Birthday sayang...
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
Semoga menjadi anak yang taat.
Mmmuuaahhhh!!!! ♥♥♥♥"
☺Ada sambungan cerita lagi ☺
Aikkk? Selera sape ni?
1 Mei 2013 - Hari Pekerja,
Jadi, semalam mummy n ayah cuti! Tak pergi bercuti mana-mana cuma menemani embah nek pergi Sg Besar beli barang keperluan dan barang keinginan.. :)
Bila tengah hari menjelma, maka perut pun mulalah berkeroncong...
Berikut adalah dialog yang berlaku di dalam kereta:
Ayah : Nak makan kat mana ye?
Mummy : Mmmm...mana-mana jelah.
Ayah : Ok, kita makan kat NIFA jelah.
Mummy : Ok.
Tiba-tiba Khalishah mencelah,
Khalishah : Mummy, kan mummy nak makan PIZZA!
Mummy pandang ayah, ayah pandang mummy dan tersenyum.
Khalishah : Ayah! Ayah! Mummy nak makan PIZZA!
Mummy : Aikk??? Bila masa pulak mummy cakap nak makan pizza?
Khalishah : Mummy kan cakap malam tadi nak makan PIZZA...
Mummy : ???
Lalu, ayah pun terpaksalah berpatah balik ke kedai PIZZA sbb tadi mmg parking kereta berdekatan kedai pizza...
Bukan main excited lagi budak kecik ni...
Merajuk Yang Menjadi2
Owhh...
Khalishah sekarang mmg senang sangat merajuk...mummy tak boleh tegur sikit, mulalah dia kata mummy ni asyik marah saje. Dah mula buat muka seposen....Bukan main lagi susah nak pujuk...
Mummy ada teknik untuk pujuk si manja mummy ni:
Cara 1 : Panggil nama, cakap elok2....pujuk jgn nangis lagi...
kalau tak jadi?
Cara 2 : Peluk dia, cium, cakap elok2....bercerita tentang sesuatu yang dia suka....
biasanye yang ni mujarab...
kalau tak jadi jugak?
Cara 3: Biarkan saje....mummy malas nak layan... boleh gitu ?
(biasanya mmg tak sampai hati)
*Bila budak comel ni tido, mulalah rasa simpati. :(
***
Aduhai....sakit kepala mummy ni makin menjadi2...sentiasa rasa berat kepala....
Kadang2 rasa macam berbintang2...Owh....
***
Syukur...
Haaa..yang ni untuk baby Husna, anak bik dayah...bik dayah nak simpan duit raya Husna bam bam dalam ni...hehee...
Mummy..Minta 'af '
"Mummy..mintak af (maaf)..Khalishah tak sengaja...." Ini adalah ayat yang sering Khalishah ungkapkan kalau ada buat salah dengan air mata yang bejuraian...hahaha...
Ayat2 lain:
Khalishah 'ketejut' ----> terkejut
Takkan nak balik?
Aksi yang mummy takkan lupa:
Meniru aksi 'Siti Molija' (CT Nurhaliza) mekap dalam rancangan Safiyya TV9.
Kenapa hari-hari stress?
Itulah persoalannya...tiada hari yang tak stress...hari kerja stress, hari tak kerja pun stress...(cuti pun stress ke? mmg stress kalau tak dapat jalan-jalan..hahaha)..
Kisah Baju Melayu Ayah
Baju melayu yang berwarna-warni tergantung dalam almari tu, akhirnya dipakai jua oleh ayah... :) Ada warna ungu, coklat, biru muda, biru tua, biru kelabu, hijau...apa lagi eh? Semangat baru kata ayah....Dengan semangat yang ada untuk pergi kerja pagi tadi, ayah menuruni tangga...Khalishah yang sedang sibuk bermain (tanpa cuci muka dan gosok gigi) tiba-tiba berkata... "Ayah, tak naklah kawen..."...Kuang-kuang-kuang...
Beberapa minggu lepas, ayah pakai baju batik pada hari Khamis...Khalishah kata ayah nak pergi kenduri...
Moral daripada cerita ini : Kena biasakan diri pakai baju melayu pada hari Jumaat dan pakai baju batik pada hari Khamis.. :)
Misteri
Sakitnya tangan dan kakiku....
"Tangan mummy sakit ke?" suara comel mula bertanya. Tangan, kaki, badan mummy semuanya sakit-sakit...Ha...tu le padahnye kalau bersukan tak buat 'pemanasan badan' dulu...kihkihkih...Punyelah lama tak bersukan, setahun sekalilah kot..tu pun kalau nasib baik lah...
Jeng...jeng..jeng...
Rezeki lagi
TARAAA!!!
Raya! Raya!
Sangat Letih
Minggu ini adalah minggu letih...
Walaupun semalam cuti Nuzul Quran, tapi rasa letih juga sbb pergi shopping..
Tak shopping pon...tapi mengejar Khalishah ke sana-sini...dapat satu je baju kurung mummy...tu pun main rembat je..tak sempat fikir panjang...
Saat itu, terbayang alangkah bagusnya kalau ayah ada....dan alangkah bagusnya kalau waktu itu boleh minum air yang baru dikeluarkan dari peti ais....mmg mencabar....
Hari ini, letih lagi...kelas direct dari pagi selama 4 jam...naik turun mengangkut lapto dan projektor...
Tertinggal pulak 'xtension'...lagi le tensen...naik turun lagi....tekak pulak, tak tau lah pulak kenapa hari ni terlalu kering kontang....aduhai..mmg mencabar minda..terasa seperti nak cancel kelas je...tapi apa boleh buat..itu kan dah tanggunggjawab...
Sabtu ni mummy nak meneruskan misi shopping baju raya lagi yang terbantut semalam....tapi esok mummy tak nak bwk Khalishah....hehehehe....
Stress lagi!
Cuba bayangkan.....dengan tugas sebagai pensyarah untuk prepare ke kuliah dengan 2 subjek baru + tugas sampingan yang tak abis2, mummy dan rakan2 yang lain perlu menggubal soalan sebanyak 2 set...iaitu 40 soalan objektif dan 2 soalan subjektif untuk 2 set (bersamaan 80 soalan objektif dan 4 soalan subjektif) beserta skema jawapan....soalan yang mummy kena gubal ni adalah subjek programming di mana agak sukar untuk gubal dalam bentuk objektif...Mummy terpaksa mengetepikan tugas2 di rumah, Alhamdulillah ayah banyak bantu mummy jaga Khalishah (mandi+beri makan+tukar lampin+bwk jln2 dll) sewaktu ayah berada di rumah (weekend je), semata-mata untuk siapkan soalan ni...TQ ayah...
SALAM RAMADHAN
Serabut....
Sejak dua menjak ni, kepala mummy amat serabut....
kerja tak semakin berkurang...tapi makin membukit...tak putus2...
buat yang ni, teringat yang tu, buat yang tu teringat yang ni pulak...
aduhai...serabut2x...
Khalishah ni pulak lepas je demam minggu lepas, banyak le kerenah baru...
pantang nampak laptop, mesti nak tgk video dalam youtube...video yang ada gambar swimming pool
dan video baby main ball...bukan cukup satu...tak abis video tu abis, mulut comel ni mintak pulak nak
tengok yang lain...huhuhu...mmg laptop tu Khalishah yang punya! Tak dapat mummy nak siapkan kerja
yang berlambak2 ni...
Persiapan raya? Selai baju pun takde lagi...kuih raya? adalah 2 jenis dah order ngan aunty Leen...
Duit raya? Mana nak tukar, gaji pun masuk 25hb...(kalau tak silap)...kasut raya? pakai je mana yang ada..




















