Baju melayu yang berwarna-warni tergantung dalam almari tu, akhirnya dipakai jua oleh ayah... :) Ada warna ungu, coklat, biru muda, biru tua, biru kelabu, hijau...apa lagi eh? Semangat baru kata ayah....Dengan semangat yang ada untuk pergi kerja pagi tadi, ayah menuruni tangga...Khalishah yang sedang sibuk bermain (tanpa cuci muka dan gosok gigi) tiba-tiba berkata... "Ayah, tak naklah kawen..."...Kuang-kuang-kuang...
Beberapa minggu lepas, ayah pakai baju batik pada hari Khamis...Khalishah kata ayah nak pergi kenduri...
Moral daripada cerita ini : Kena biasakan diri pakai baju melayu pada hari Jumaat dan pakai baju batik pada hari Khamis.. :)
Kisah Baju Melayu Ayah
3/16/2012 |
Kategori:
perkembangan
Read User's Comments0
Misteri
"Allahuakbar Allahuakbar...." tatkala azan isya' berkumandang dari masjid berdekatan rumah makcik, Khalishah yang tadinya sedang leka bermain bersama datang menerpa ke pangkuan mummy sambil menutup telinga... "Tak nak! Tak nak! Nak kuar! Nak kuar! Nak balik rumah mbah nek!" Mummy dan semua yang ada di dalam rumah terkejut.... "Kenapa ni sayang?" Mummy pujuk Khalishah yang menangis dan semakin tidak keruan... Ayah angkat Khalishah dan bawa keluar...setelah keadaan reda, ayah bawa Khalishah masuk semula....
"Bismillahirrahmanirrahim...." Imam mula membaca Al-Fatihah dalam solat Isya'....Khalishah menerpa ke arah mummy lagi sambil menutup telinga..."Mummy..nak kuar!!!!" Khalishah menangis lagi mengajak mummy keluar...Pakcik panggil mummy supaya bawa Khalishah kepadanya...Pakcik pegang belakang Khalishah... "Ishk...ikut dari mana ni?" Mummy mula rasa seram manakala Khalishah semakin meronta-ronta untuk dilepaskan...Pakcik ambil air dan baca sesuatu...Minta Khalishah minum..."Tak nak minum!" Khalishah menolak... "Sedap ni..air oren..." Pakcik mula memujuk.. Lantas Khalishah capai cawan dan terus minum dengan gelojohnya... Pakcik sapu muka dan kaki Khalishah dengan baki air yang ada...Alhamdulillah...lebih kurang selepas 5 minit, Khalishah kembali ceria....
Mummy dan ayah mula teringat...satu hari tu sahaja, kami dah bawa Khalishah ke tempat-tempat yang tiada penghuni:
1. melawat taman perumahan yang belum siap sepenuhnya berdekatan dengan rumah Pok Teh.
2. melawat tapak rumah Nek Su.
3. melawat tanah ayah yang serupa macam hutan.
Hmm...kesimpulannya, lepas ni tak boleh main terjah je....
Ya Allah, ampunilah segala kesilapan kami....lindungilah dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
Sakitnya tangan dan kakiku....
"Tangan mummy sakit ke?" suara comel mula bertanya. Tangan, kaki, badan mummy semuanya sakit-sakit...Ha...tu le padahnye kalau bersukan tak buat 'pemanasan badan' dulu...kihkihkih...Punyelah lama tak bersukan, setahun sekalilah kot..tu pun kalau nasib baik lah...
Jeng...jeng..jeng...
eleh...setakat saguhati pun nak post...nombor 6 daripada 12 kumpulan yang bertanding...dapat medal lagi...ok lah tu, terubat jugak rasa sakit2 ni...sape yang main? Mummy + ayah + pakcik azrol + pakcik izwan mewakili JTMK....Nak cerita sikit, mummy dapat kumpulkan mata sebanyak 353 untuk 3 game...hihihi...
Bila lagi nak main? oh..mungkin tahun depan la pulak kot jejak kaki kat pusat boling nih...
Sekian..laporan sukan dilaporkan...
Rezeki lagi
2/16/2012 |
Kategori:
rezeki anak
Alhamdulillah...syukur tidak terkira atas kurniaan-Nya...Tahniah untuk ayah juga...Hari ini penuh sejarah...
TARAAA!!!
12/07/2011 |
Kategori:
suka duka
Lama sungguh jari-jemari mummy ni tak menari atas keyboard mencoretkan peristiwa2 yang berlaku....memang terlalu bz...sejak mummy dan ayah sibuk menyiapkan dokumen validasi dan divalidasi utk kenaikan pangkat, mcm bertimpa2 pulak kerja lain datang dan akhirnya blog ni terbiar dengan sarang labah2 yang tersangkut di sana-sini...
Dalam tempoh hampir 4 bulan ni, pelbagai peristiwa suka-duka yang ditempuhi...
1. Wak Com yang terlantar sakit hampir 4 bulan, akhirnya telah sembuh seperti sedia kala...Alhamdulillah, berkat doa semua sanak-saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan usaha perawat perubatan moden dan tradisional...Terima kasih semua...
2. Pada tanggal 13 Oktober 2011, Pak Long yang dah terlantar sakit selama 2 tahun telah pergi ke Rahmatullah...begitulah berakhirnya penderitaan Pak Long selama ini...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
3. Pada 29 Oktober 2011 (sehari selepas birthday mummy) Atok Deris telah selamat diijabkabulkan dengan nenek baru (Nek Nab)...Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..Semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat...
4.Minggu lepas (2 Disember 2011), Pok Cu pula telah mengalami kemalangan, jatuh di masjid Kajang semasa melakukan pemasangan kabel projektor...Alhamdulillah, selamat tetapi mengalami luka di muka dan tangan kirinya terpaksa disimen...
5. Buat pertama kalinya, mummy berjaya meninggalkan Khalishah bersama ayah di rumah, kerana mummy terpaksa menghadiri kursus di Pulau Pangkor selama 3 hari...Khalishah langsung tak kisah mummy pergi...mungkin disebabkan sudah bercerai susu badan...tambahan pula, dengan adanya teknologi canggih ni, bila-bila masa saja boleh bercakap sambil tgk muka seolah2 berada di depan mata....(video call)
6. Ayah seorang selebriti? Hahaha...ye mummy pula isteri kepada seorang selebriti dan Khalishah pula anak kepada seorg selebriti...dalam masa 1 minggu ayah dan aunty shikin telah buat penggambaran untuk Rancangan Geng IT. Nantikan kemunculan ayah di RTM pada bulan Februari 2012 ni...
Banyak lagi peristiwa yang berlaku, tapi dah tak ingat...sekarang Khalishah dah berusia 2 tahun 7 bulan...Khalishah bertambah petah berkata2...penat nak layan...Hobi terbaru Khalishah adalah menonton DVD..(Kung Fu Panda 1 + 2, Cars, Bolt)...Kalau tgk gaya mmg sebijik macam ayah...mewarna? mungkin juga hobi baru Khalishah...Color pensel yang dibeli di Cosway memang digunakan sepenuhnya...2 buah buku mewarna (angry bird dan cars) mummy dah belikan di pasar sg air tawar...Apa lagi? Setiap hari, setiap kali mummy bersiap nak pergi kerja, Khalishah akan berkata : "Mummy...tak nak pergi keje..."...huhuhu
Subscribe to:
Posts (Atom)






