RSS

7 bulan

Khalishah dah boleh mengesot..Laju jer..semua tempat dijelajahi.Habis comot baju.Baru je mandi tapi dah tak wangi sebab lasak ke sana sini.Masa ni juga Khalishah dah boleh lambai tangan. Pantang je dengar perkataan 'BABAI' mesti nak lambai tangan. Tak kira la kat mana-mana pun. Ada satu malam tu(umur hampir 8 bulan), Khalishah jatuh tangga bersama2 ayah. Kaki ayah tergelincir. Nasib baik dah sampai anak tangga yang paling bawah.Ayah sempat pegang Khalishah daripada terhantuk ke lantai. Khalishah menangis tak berhenti2 sebab terkejut. Esok paginya pulak, Khalishah jatuh dari katil. Mummy tidur masa tu. Tiba2 je terdengar bunyi benda jatuh dan Khalishah menangis sekuat hati. Bibir Khalishah bengkak sebab terhantuk headphone ayah di tepi katil. Mummy pun ikut menangis sebab takut jadi apa2 pada Khalishah. Pagi tu jugak, mummy, ayah n mbahnek bawak pergi urut. Meraung2 Khalishah masa kena urut kat tempat yang tersalah urat. Tapi pastu ok..Balik je rumah, terus main macam takde apa2 yang berlaku sebelum ni. Bagus anak mummy dan ayah ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 bulan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 bulan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 bulan

Umur 4 bulan, Khalishah dah boleh meniarap. Kepala pun dah boleh angkat tapi selalu la terhantuk kat lantai. Mummy letakkan Khalishah kat atas tilam bujang Paman Mamong. Tebal sket supaya tak sakit kalau kepala terhantuk. Masa ni mummy boleh lagi tinggalkan Khalishah sorang2 atas tilam sebab belum boleh bergerak ke mana-mana lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 bulan

Masuk sahaja 3 bulan, mummy terpaksa beri Khalishah susu tepung sebab Khalishah selalu menangis sebab lapar. Mula2 try susu Snow tapi muntah. Ayah try beli susu soya Isomil. Khalishah suka pulak minum. Hmm...mungkin sebab masa mummy mengandungkan Khalishah, mummy suka minum soya dan makan taufufa. Tapi Khalishah minum Isomil time mummy pergi kerja je. Bila mummy ada kat rumah, mummy tak bagi. Seronok tgk perkembangan Khalishah dari hari ke hari. Khalishah dah mula pandai menyembur2. Mbahnek kata, habislah rambut mummy gugur nanti. Khalishah suka menggeliat sampai merah2 muka. Asyik tido je siang. Tido pulak dengan muka serius-->macam ayah..hehhehe...Jangan marah ye ayah. Tapi, bila malam memang suka berjaga. Hahahaha....sampai juling2 mummy dan ayah menahan ngantuk melayan karenah Khalishah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS