Memang penat hari ni...ayah takde 1 minggu kat rumah...ada kursus kat PD, kemudian balik Melaka...So, takde sape nak tolong drive ke Sg Besar dan pegang Khalishah masa mummy nak pilih barang...Huhuhu..
Mbah nek tgh pilih baju untuk majlis bertandang Bik Dayah...Khalishah pulak bukak langkah seribu..berlari di celah2 baju...cuit budak lelaki...kejar2...aduhai..naik lenguh kaki mummy mengejar...Bila dapat tangkap Khalishah, mula la meraung nak dilepaskan...Bukan ape, tangga di kiri dan kanan kedai tu yang buat mummy cuak...huish..bahaya betul. Nasib baik tadi singgah kedai makan kat Tunggak 10 isi perut dulu...Kalau tak, habis Khalishah mummy makan! Hehehe..
Lepas makan malam, mummy terus capai sudu2 untuk buat souvenir kahwin Bik Dayah nanti...tulah keje mummy sejak 2-3 minggu lepas..memang tak habis2..sebab kena tunggu Khalishah tido dulu.. Mbah nek dan mbah tuk pulak sebuk isi beras dalam plastik kecik untuk buat nasi himpit...nasi himpit tu nanti nak dijadikan 'berkat' masa majlis persandingan Bik Dayah.
Memang banyak keje yang perlu disiapkan segera...dah takde sape lagi kat rumah ni...Paman Mamong dah dapat keje Penolong Pegawai Teknologi Maklumat kat KL...
Khalishah tgh tido kepenatan tu....mmg tak sedar masa mummy angkat dari buaian tadi...elok lah..mummy nak siapkan blog perkahwinan Bk Dayah pulak..
marathon bersama Khalishah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 komen:
Post a Comment