RSS

Keletah si kecil

Khalishah ni seorang yang manja, sentiasa happy, moody jugak la kadang2, agak keras hati....tapi seronok melayan keletah si kecil ni...

Sabtu - 27 November 2010 : Mummy dan ayah bawak khalishah main di 'playdon' / 'dhadhu' (panggilan utk playground yang disebut oleh khalishah). Owh..bukan main excited lagi...dari dalam kereta lagi dah menjerit2 menunjukkan ekspresi 'ketaksabaran' dia untuk bermain. Turun je ke tanah, terus berlari dengan tak menghiraukan padang rumput yang digenangi dengan air hujan. Khalishah khalishah....



Emm.. stop dulu lah..mummy nak sambung buat Jadual Waktu...

Ahad - 28 November 2010 : Bangun je pagi, ayah rasa badan Khalishah agak suam2...alamak..demam ke? Lepas siapkan kerja rumah, mummy terus je masak nasik sebab plan nak pergi bawak Khalishah ke klinik...bila rasa je badan, macam dah tak panas. Terus je angkat Khalishah untuk mandi dalam singki (bath tab kedua Khalishah). Mandikan dengan air tapisan RX-water yang dah mummy tadah dalam jag plastik. Dua bekas taufufa mummy pon dah sediakan. 1 untuk mummy cedok air dan satu lagi untuk Khalishah tadah air buat main2...
Lepas mandi, Khalishah kembali aktif seperti sedia kala...main sana sini..lompat sana sini...Kemudian tidur dengan nyenyaknya...alhamdulillah...

Malam : Lebih kurang pada pukul 12 malam, hujan turun dengan lebatnya..mengkrekot je Khalishah tidur...Yang peliknya, walau macamana sejuk pun, Khalishah tak suka pakai selimut..memang kebal...Tapi, satu je....Khalishah takut dengan bunyi hujan lebat yang menghentam zink rumah...Sambil tidur, Khalishah tutup telinga dengan tangan kiri...Puas mummy dan ayah turunkan, tapi tetap dengan posisi yang sama..Kesimpulannya? Memang takut dengan bunyi hujan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khalishah dah boleh bercakap

Alhamdulillah, pada usia 1 tahun 4 bulan Khalishah dah menunjukkan skill untuk berkata2...

Perkataan pertama yang Khalishah boleh sebut adalah belon dengan sebutan : blonblonblon (apabila ternampak belon).
Belon pertama yang dimiliki oleh Khalishah adalah belon yang berbentuk little mermaid yang dibeli di Giant Teluk Intan..meraung2 nakkan belon...Hmm..tapi rasanya masa tu Khalishah baru je berusia 1 tahun++..
Perkataan2 seterusnya yang boleh disebut sehingga sekarang (1 tahun 6 bulan) adalah:
1. mamam --> makan
2. ayah
3. mummy
4. mimik --> nak menyusu
5. cucu --> susu
6. bowa --> bola
7. beg
8. kete --> kereta
9. tatuk --> mbah tuk (atuk)
10. nene --> mbah nek (nenek)
11. mamoi --> paman mamong
12. bibik aya --> bik dayah
13. kak mia --> kak mira
14. papit --> abg afiq
15. awu --> baru
16. titung --> hidung
17. kaki
18. nge --> telinga
19. kika --> ikan
20. kikal --> basikal
21. toto --> moto
22. ninum --> minum
23. bobok --> tido
24. naik
25. bear
26. tetop --> laptop
27. moh --> tak nak (dalam bahasa jawa).
28. tatut --> kasut
29. andi --> mandi
30. air
31. takit --> sakit
32. sejuk
33. nyanyi --> menyanyi
34. pipi
35. ju --> baju
36. uwa --> seluar
37. cici --> misi/nurse
38. nak
39. (ada lagi...tapi tak ingat)

sekarang ni pula sudah boleh menyanyi lagu "Bapaku pulang dari kota..." dan "Burung Kakak Tua" dengan menyambung perkataan2 di hujung setiap baris lirik lagu2 tersebut...

Memang seronok melihat perkembangan diri Khalishah ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 Julai 2010

Dah lama mummy tak update...

Sekarang ni Khalishah dah boleh berjalan dengan laju...
Kelmarin, pertama kali Khalishah kena selsema..kesian, meleleh je...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

24 Jun 2010

2 hari lepas Khalishah dah boleh berjalan dengan baik.
Bukan main seronok lagi Khalishah sebab dah pandai berjalan ke hulu ke hilir.
Dari bahagian rumah tengah ke depan, dari bahagian rumah tepi ke ruang tamu..
Berjalan dan berjalan tanpa rasa jemu...
Sekarang dah pandai sebut 'Yeay!!!' sambil bertepuk tangan bila berjaya buat sesuatu...contohnya bila dapat masukkan penutup botol pada muncungnya dan sbgnya.

Semalam...23 Jun 2010...Khalishah demam...bawak ke klinik kesihatan parit baru, bacaan suhu 38 darjah celsius...Demam tak kebah juga..Jam 12.00 tgh malam...Badan Khalishah panas sgt...ayah dah marah2 sebab sebelum tu ayah ada ajak mummy bawak Khalishah pergi klinik...Lebih kurang jam 1pagi, kita sampai di Klinik Gunwantt, Sg Besar...Nasib baik tak ada org...So, cepatlah sikit dilayan. Doktor check suhu badan Khalishah--> 39 darjah celsius...suhu naik daripada petang tadi...Pembantu klinik masukkan ubat ikut 'bontot'...Hmm..biasanya kalau dah masuk ubat tu, confirm pas tu akan kebah sebab ubat tu kuat. Semua2 tu kena bayar RM85.00..murah sket daripada yang sebelum ni...RM95.00...Biasalah..nama pon klinik swasta, 24 jam pulak tu...
Alhamdulillah..esoknya, Khalishah dah boleh bermain2...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 Jun 2010

Hari ini Khalishah dah nampak banyak usaha untuk berjalan. Tanpa disedari, Khalishah berjalan tanpa bantuan dan 'paksaan' daripada sesiapa pon. Mungkin kena buat tak tau je kot. Bila kita paksa2, mungkin Khalishah malas nak buat. Untuk mengimbangi badan, Khalishah berjalan dengan lajunya kemudian jatuh...hehehe...

Sekarang ni, mmg susah untuk Khalishah tidur siang. Asyik main je kejenya. Bila malam, mmg nyenyak tido. Lepas je maghrib mmg merengek jelah nak tido. Mummy tidokan dulu kat bawah dalam buaian sebab banyak keje mummy nak buat (memasak, basuh pinggan mangkuk, basuh baju, lipat baju, gosok baju dan paling penting tgk tv). Tapi ada satu masalah, bila tgh nak dodoikan Khalishah dan dalam masa yang sama keluar lagu tema TV3 / Hotel Mania...confirm Khalishah akan bangun dan duduk dalam buaian nak tgk sambil goyang2kan badan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS