Owhh...
Khalishah sekarang mmg senang sangat merajuk...mummy tak boleh tegur sikit, mulalah dia kata mummy ni asyik marah saje. Dah mula buat muka seposen....Bukan main lagi susah nak pujuk...
Mummy ada teknik untuk pujuk si manja mummy ni:
Cara 1 : Panggil nama, cakap elok2....pujuk jgn nangis lagi...
kalau tak jadi?
Cara 2 : Peluk dia, cium, cakap elok2....bercerita tentang sesuatu yang dia suka....
biasanye yang ni mujarab...
kalau tak jadi jugak?
Cara 3: Biarkan saje....mummy malas nak layan... boleh gitu ?
(biasanya mmg tak sampai hati)
*Bila budak comel ni tido, mulalah rasa simpati. :(
***
Aduhai....sakit kepala mummy ni makin menjadi2...sentiasa rasa berat kepala....
Kadang2 rasa macam berbintang2...Owh....
***
Merajuk Yang Menjadi2
Read User's Comments0
Syukur...
4/22/2013 |
Kategori:
rezeki anak
Lama sungguh tak bukak blog mummy ni...
Alhamdulillah kandungan dah masuk 16 minggu (minggu ni)....
kat bawah ni mummy ceritakan apa yang berlaku dari week 1 hingga week 16.
Week 1 - 4 : dah tentulah mummy belum tahu yang mummy ni tgh pregnant.
Week 5 : aik! nape period mummy lewat nih? tak pernah2 lewat...hmmm.....dah lewat seminggu baru mummy buat home pregnancy test... 9/2/2013 alhamdulillah, kelihatan 2 line yang amat ketara... (belum buat pengumuman umum lagi)
Week 6 : badan masih gagah perkasa lagi...siap balik kg lagi...jalan2 keliling melaka, makan ikan bakar etc... (confius gak, betul ke mummy mengandung ni?)
Week 7 : uik..masih ok lagi..selera makan ok...semua ok... tapi dah tak angkat benda berat2...
Week 8 : Pegi klinik...Check bagi confirm..yup! Alhamdulillah. EDD 12/10 (Kawan2 opis mula tahu Badan ok lagi, selera pon ok..tapi dah rasa sikit2 cepat penat.
Mummy mula makan ubat-ubatan yang dibekalkan klinik.....
Hari paman mamong sanding kat melaka, mummy dah mula mengalami sembelit yang amat
sgt....menangis2...aduhai..nak teran takut....tak teran rasa sakit mcm nak
beranak...huwaaaaaa! Bila google, ropenye ubat ferus yang color coklat tu
penyebabnya...mummy tak sesuai makan..
Week 9 : Loya2 sudah dtg....Tapi alhamdulillah tak muntah. Masa mengandungkan Khalishah dulu
pon sama. Masih gagahkan diri untuk ke sana-sini uruskan kenduri paman mamong.
Week 10 : Ya, gagahkan diri lagi..walaupun asyik baring menahan loya....minyak cap kapak menjadi
peneman.
Week 11 : Kenduri paman mamong....cuba gagahkan diri mana yang termampu. Buat kerja
sekadarnya...Alhamdulillah, famili memahami..Anak2 buah semua dah besar2 dan boleh
diharap.
Week 12 : Hari isnin, masih lagi cuti sempena letih kenduri paman mamong yang diadakan pada hari
Ahad. Embah nek, kena cirit-birit dan muntah-muntah...orang lain maintain cool tak kena
apa2..
Selasa, dah mula kerja...ayah pulak kena cirit-birit...G klinik dapat mc 1 hari... Mummy
masih cool.. G klinik ibu mengndung utk check-up. Scan, nampak dah kaki baby
melonjak2...huish..aktif adik Khalishah ni macam kakaknye. :)
Rabu, bangun pagi dah rasa mual yang lain macam. Gosok gigi, rasa nak muntah. angin je
keluar. Sblm naik opis, singgah cafe dulu beli kuih 4 biji dan air teh panas(bungkus tak ikat
tepi). Naik opis, rasa mual makin menjadi2...masuk surau, baring cuba hilangkan
mual....rasa lapar sebab dari pagi tak makan. G pantri, tuang 1/4 air teh dalam cawan dan
minum....tak lalu makan. Makan segigit kuih saje...dan baring kembali dalam
surau...Tertido...Kelas cancel...11 am bangun sbb rasa nak kencing...masuk toilet, bau yang
agak semerbak menyebabkan apa yang diminum tadi keluar...uwekkk!!!!! 1st time muntah
dalam tempoh pregnant ni. 12 tgh masuk lab..konon nak buat keje. Tapi tak larat...Pinjam
bantal merah hati aunty dila lalu merebahkan diri di bawah meja....sungguh lembik sebab
perut kosong ..
2 pm, terjaga....rasa lemah sgt2..terus g klinik....dapat mc 2 hari...ada beberapa ubat yang
dibekalkan oleh doktor...singgah kedai panjang beli jus oren tropicana twister (doktor
suggest minum/makan yang masam2 cth jus) balik rumah terus minum. Baring tak sampai
15 minit, tiba2 rasa nak muntah. berlari2 anak ke bilik air terus muntah dan
terkencing..huhuhuhu.....sediiihhh....nasib baik ayah masih ada di rumah...cuti rehat sebab
belum sihat lagi. Bersihkan diri, terus melepek lagi.....
Week 13 : Tekanan darah rendah 90/60, kandungan gula dlm darah pun kurang........hurm...tgh solat
boleh pulak tergolek...sedih...keluar air mata..pergi Klinik Gunwant kena RM150....mcm2
ubat dapat daa... (Hari ahad, klinik ni je bukak)
Week 14 : Cuci gigi kat Klinik Pergigian Parit Baru....
Week 15 : Lepas dibekalkan Obimin oleh doktor (klinik Gunwant), mummy rasa sihat, segar dan
bugar.....
Week 16 : Hari ni mummy sekali lagi rasa dunia ni seakan berputar.... cekalkan hati....gagahkan
jugak naik tangga ke opis...
10/16/2012 |
Kategori:
hard disk casing felted,
kain felt,
keychain felted,
kotak tisu felted,
purse coin felted
Assalamualaikum wbt..kepada semua pembaca (mungkin takde sape pun yg baca)....
Memang dah lama mummy tak mencoretkan kisah2 kehidupan Khalishah sekeluarga di sini memandangkan kesibukan (sibuk sgt ke?) yang melanda dalam hidup mummy..kuikukui....
Dipendekkan cerita, sekarang ni mummy dah ada satu hobi baru setelah sekian lama bertanya dalam diri mummy, "apa sebenarnya hobi aku?" selain daripada menghabiskan duit kat 'sedara kesayangan' ayah ---> Pak Jusco...hahahha....
Dah lama mummy pendam hasrat mummy untuk buat handmade bag...terlalu suka dan cinta sgt bila bukak blog2 handmade bag ni...sehinggakan rancangan 'SAFIYYA' kat TV9 tu mmg mummy nantikan sbb setiap minggu akan ada slot untuk handmade produk/kraftangan...tapi hasrat tu terpendam sebab mummy ada satu masalah besar!!! mummy tak pandai nak guna mesin jahit....huhuhu (rasa rendah diri sgt.. :( )
Tapi masalah tu sebenarnye bukannye alasan untuk pendamkan terus hasrat mummy tu hingga ke dasar bumi....rupa-rupanya ada satu kraftangan yang tak perlu pun nak gunakan skill menjahit dengan mesin jahit...
hahaha..apa tu? kraftangan menggunakan kain felt....kraftangan ni sebenarnya dah lama dipopularkan tapi mummy je yang tak tahu..hehehe...
Produk pertama yang mummy hasilkan adalah hard disk (seagate) casing...mmg buruk jahitan...hihihihi..tapi ada pulak yang berkenan (aunty yana) ..dan terus order...apa lagi, menggelabah tak ingat la mummy...mulalah search design2 dalam internet untuk bagi idea yang mantap dan meletop! belajar cara-cara jahitan dengan betul... nanti mummy upload...ada dalam handphone...
pastu ada 2 lagi-auntie fida n yati saadah juga nak!! auntie dila order pulak nexus casing dia....tapi kena tunggu turn...mummy tak pro lagi...buat sikit2...
sebelum tu jugak, mummy ada jahitkan beberapa kartun kegemaran untuk Khalishah...hahaha..cute tak keychain ni? post kat facebook...x-student mummy order pulak elmo..kak mia order pulak shawn the sheep... :P
bekas tisu...idea ni timbul disebabkan ayah tak suka tgk kotak tisu dok tertenggek atas dashboard...post dalam facebook...wak jang ngan acik erin pulak berkenan..terus je tempah...hihihii...
Yang ni acik erin punye bekas tisu..baru je post semalam....
Haaa..yang ni untuk baby Husna, anak bik dayah...bik dayah nak simpan duit raya Husna bam bam dalam ni...hehee...
Klip rambut baby husna....
ada lagi...tapi tak sempat upload...nanti upload sekali ngan auntie yati sa'adah n auntie fida punyeeee...design sudah..tinggal jahit tepi je....
Mummy..Minta 'af '
"Mummy..mintak af (maaf)..Khalishah tak sengaja...." Ini adalah ayat yang sering Khalishah ungkapkan kalau ada buat salah dengan air mata yang bejuraian...hahaha...
Ayat2 lain:
Khalishah 'ketejut' ----> terkejut
Takkan nak balik?
Aksi yang mummy takkan lupa:
Meniru aksi 'Siti Molija' (CT Nurhaliza) mekap dalam rancangan Safiyya TV9.
Kenapa hari-hari stress?
---------------INI ADALAH POST LEPAS YG TAK SEMPAT PUBLISH--------------------------
Itulah persoalannya...tiada hari yang tak stress...hari kerja stress, hari tak kerja pun stress...(cuti pun stress ke? mmg stress kalau tak dapat jalan-jalan..hahaha)..
Itulah persoalannya...tiada hari yang tak stress...hari kerja stress, hari tak kerja pun stress...(cuti pun stress ke? mmg stress kalau tak dapat jalan-jalan..hahaha)..
Semalam, sampai rumah je kepala mummy mula berdenyut2..mungkin disebabkan menilai projek akhir pelajar mummy lah tu...pelajar pertama ok, pelajar kedua ok..sejuk sikit hati...bila masuk pelajar ketiga mulalah darah nak naik....huh! tak payah lah cerita.
Sambung balik cerita..mummy terus merebahkan diri kat depan tv dan terus tidur. Khalishah datang dekat mummy. Mulalah nak bermanja-manja dengan mummy. Mummy dapat satu idea..Ting! "Khalishah, mummy demam.." Khalishah terus melontarkan suaranya yang comel "Mummy demam? Nanti Khalishah pegi keje beli panadol kay..." Khalishah terus menaiki basikal pink yang baru ayah beli minggu lepas sempena hari lahir Khalishah (pra-besday), masuk ke dalam ruang tengah rumah. Berpatah balik ke tempat mummy me'landing'kan diri...Keluarkan mangkuk dan sudu masak-masak dari bonet basikal (dulu-dulu basikal mummy takde pn bonet)..."Nah, mummy makan ubat kay..." (Semua tiru perbuatan mummy)
Keletah Khalishah adalah terapi untuk kestressan yang melanda mummy.
Petang ni, mummy bercadang bawak Khalishah bermain kat gelanggang bola tampar...sebenarnya, mummy yang dah 4 tahun tak bersukan ni nak menjoinkan diri main volleyball...kali terakhir main adalah pada tahun 2007(masa tu bujang trang-tang-tang lagi) dan dapat merangkul johan bagi perlawanan bola tampar 4-penjuru (IPN-PSIS-ILDAS-SBPI)..indahnya waktu itu...hehehe...tiba-tiba rasa gian pulak nak main...
Subscribe to:
Posts (Atom)












